Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Tegur Ibu Bapa Untuk Tidak Mengajar Anak Meminta-minta Duit Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Tegur Ibu Bapa Untuk Tidak Mengajar Anak Meminta-minta Duit Raya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Bila raya menjelang tiba, perkara yang paling dinanti-nanti kanak-kanak semestinya duit raya. Ada yang berlumba-lumba mengumpul duit raya sehinggakan sanggup berjalan dari satu rumah ke satu rumah tanpa rasa letih. Siapa paling banyak mesti action!



Gambar hiasan

Pun begitu pernah tak anda lalui situasi apabila si anak tidaklah sibuk sangat nak mengumpul duit raya tetapi ibu bapa pula yang kecoh memaksa anaknya meminta duit raya kepada orang lain. Huh?? Tak percaya?

Berikut apa yang diluah seorang wanita yang mahu digelar Puan W di laman Facebook IIUM Confession.

“Tahun lepas tahun pertama beraya sebagai isteri orang. Sepanjang raya tahun lepas, kerap sangat saya dengar ibu bapa yang ada anak-anak kecil ini beritahu anak-anak mereka,

Pergi salam makcik tu minta duit raya.”

Cakap kat pakcik nak duit merah, tak nak duit hijau.” 

Tanya makcik itu duit raya mana?” 

Pakcik, ayah cakap kalau pakcik baik hati, pakcik bagi lagi duit raya.” 

Kecil-kecil dah ajar anak meminta…

Gambar hiasan

Menurut Puan W, hal ini agak mengejutkan baginya. Lalu dia telah berkongsi beberapa perkara yang mungkin berguna untuk ibu bapa semak supaya mereka tidak tergolong dalam golongan ibu bapa yang mengajar anak mereka meminta-minta duit raya kepada orang lain:



1. Jangan sesekali mengajar anak untuk minta duit raya dengan sesiapa kerana kita tak tahu keadaan kewangan mereka.

Sumber: IIUMC

2. Agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang belum tentu jadi milik kita.

Sumber: IIUMC

3. Jangan samakan kedudukan kewangan kita dengan orang lain, tak semua yang bekerja tu banyak duit.

Sumber: IIUMC

4. Redha jikalau duit raya anak-anak termasuk antara kos yang perlu dipotong. Tak ada duit raya tahun ni ye, dik!

Sumber: IIUMC

5. Jaga air muka pemberi duit raya, anak yang meminta duit raya akan menjadi manusia yang tidak berhemah.



Sumber: IIUMC

6. “Mak kau bagi anak pakcik pun dua ringgit je.” – Anggap itu rezeki mereka.

Sumber: IIUMC

7. Jangan rosakkan mood raya.

Sumber: IIUMC

Ada betul juga teguran wanita ini kan? Jadi ibu bapa haruslah lebih beringat untuk tidak mengajar anak-anak mereka meminta-minta duit raya kepada sesiapapun, tak kiralah saudara itu kaya mahupun tidak begitu berduit. Kalau dorang nak bagi biarlah dengan hati yang ikhlas bukan kerana diminta.

Gambar hiasan

Yang penting bukan berapa banyak duit raya yang anak anda peroleh, tetapi nilai keikhlasan seseorang yang memberi duit raya tersebut kepada anak-anak anda.

Semoga ia bermanfaat untuk semua. Selamat Hari Raya! Selamat pulang ke kampung halaman.

Baca: Jiran Yang Bertandang Ke Rumah Anda Confirm Jeles Dengan 5 Perkara Ni

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5UAKZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.