Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati !
Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati !
Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati ! |
Ingat lagi kes seorang lelaki dipukul sehingga mati akibat tersalah masuk dalam tandas wanita dan dituduh mencabul gadis di kompleks beli-belah di Jalan Putra, di sini, bulan lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas pertuduhan membunuh.
ARTIKEL MENARIK:Yang di-Pertuan Agong Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid .. Sehingga Imam Sebelah…
Ketika pertuduhan dibacakan Farah Waheda menitiskan air mata manakala tiga lagi tertuduh kelihatan tenang, namun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa bersama-sama lima orang yang masih bebas dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohammad Fisol Abu, 31, di Plaza Sentosa, Jalan Putra, di sini, jam 4 petang, 28 Mei lalu.
Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rifaie Mohamed Riyaluddin melakukan pendakwaan manakala peguam Pyara Singh dan Lim Wei Yong masing-masing mewakili Hor Yong dan Chee Woie.
Dua tertuduh lagi tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta hasil bedah siasat.
Mahkamah juga tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin menyebabkan dua tertuduh beragama Islam tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga.
Pada 28 Mei lalu, lelaki berusia 31 tahun maut dibelasah orang ramai berikutan dakwaan mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu kompleks beli-belah dekat Jalan Putra, di sini.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berasal dari Yan itu didakwa memeluk dari depan dan menekup mulut wanita itu sebelum ditangkap dan dibelasah orang ramai.
Rentetan itu, dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun disahkan meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan. – HMetro
The post Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati ! appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rN8bCE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment