Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serangan bom pengganas di Mekah 23 Jun 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serangan bom pengganas di Mekah 23 Jun 2017

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat, 23 Jun 2017 yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram. Serangan ini telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.

Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.

Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.

Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi ini.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah
Lot 241, Al-Mualiffin Street
Al Rehab District
P.O Box 593
21421 Jeddah
ARAB SAUDI         
Tel:      0096612 6727740
0096612 6728019
Faks: 0096612 6760877
Emel: mwjeddah@kln.gov.my

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6VVkl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.