Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amsyar korban raya demi negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amsyar korban raya demi negara

Atlet terjun, Ahmad Amsyar Azman, sudah empat tahun tidak merasai suasana berhari raya di kampung halamannya di Perlis kerana terikat dengan jadual latihan yang begitu padat sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA pada Ogos.

Amsyar sepatutnya kini sudah terbang ke China bersama rakan yang lain namun masalah visa menyebabkannya serta Cheong Jun Hoong terkandas di Malaysia.

Situasi itu membolehkan atlet berusia 24 tahun itu merasai nikmat meraikan hari raya bersama keluarga walaupun tidak sempat untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.

“Saya dah terbiasa dengan situasi begini tetapi syukur keluarga akan datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk menjengah saya,” kata Amsyar.

Amsyar bakal menyertai Kejohanan Dunia ke-17 di Budapest, Hungary pada 14 hingga 30 Julai ini sebelum berkampung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sehingga bermulanya temasya Sukan SEA.

“Papan di situ (Pusat Akuatik Nasional) agak baru jadi mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran tetapi ia hanya akan mengambil masa kira-kira dua hari dan semuanya akan berjalan lancar,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2jLOs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.