Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Bidadari yang usianya terhenti’ dedah rahsia awet muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Bidadari yang usianya terhenti’ dedah rahsia awet muda

MELIHAT wajah wanita ini, mungkin ada yang mengagak usianya masih remaja.

Paling tidak pun, mungkin ada yang meneka dia dalam lingkungan usia 20an.

Jika itulah tekaan anda, ia jauh tersasar kerana wanita dari Taiwan ini dilaporkan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 42 Ogos ini.

Nama Lure Hsu mula menjadi sebutan di negaranya pada tahun 2015 selepas adiknya yang juga seorang pelakon, Sharon, membawa Lure menemaninya ke sebuah acara hiburan.

Ogos tahun yang sama, Sharon memuat naik video sambutan hari jadi Lure ke akaun Instagramnya.

Peminat terkejut apabila mengetahui usia Lure ketika itu ialah 40 tahun.

Sejak itu, Lure mula mengecapi populariti setanding adiknya, biarpun bukan artis.

Populariti Lure semakin meningkat selepas beberapa portal gaya hidup Taiwan memaparkan kisahnya baru-baru ini.

Akaun Instagram Lure kini memiliki lebih 200,000 pengikut, manakala Facebooknya pula mempunyai lebih 300,000 penggemar.

 

Media Taiwan menggelarkan Lure sebagai ‘bidadari yang usianya terhenti’.

Dalam temubual dengan majalah Friday, Lure memberitahu rahsia awet mudanya ialah minum air kosong dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

Lure yang bertugas sebagai pereka hiasan dalaman juga mengamalkan diet sayuran (vegetarian), di samping tidak mengambil minuman manis, selain kopi.

Tidak ketinggalan, dia juga mengamalkan senaman seperti berbasikal.

Kepada wanita yang mahukan kulit yang cantik dan awet muda, Lure meninggalkan pesanan ini buat anda.

“Jangan lupa untuk menggunakan pelembap kulit setiap kali sebelum tidur, dan pastikan anda memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah.”

Sumber: Astro Awani


Sumber ‘Bidadari yang usianya terhenti’ dedah rahsia awet muda

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6Q6Pj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.