Van Huizen: Perancangan sudah dilakukan
Malaysia bakal turun menentang skuad kendalian Carlos Retegui pada malam ini dan Van Huizen yakin dapat mencipta kejutan jika pemain-pemain dapat menyekat kemaraan Peillat.
Pakar pukulan sudut penalti itu muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 gol termasuk empat yang dijaringkan ketika menewaskan Malaysia 5-2 di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, beberapa pasukan seperti England dan Pakistan berjaya menghalang pemain posisi pertahanan itu daripada berpesta gol ketika bertemu sekali gus memberikan idea kepada buat Van Huizen.“Ia satu tugas besar namun bukan satu tugas yang mustahil.
“Kami sudah memiliki perancangan tersendiri dan kajian terhadap permainan sebelum ini turut dilakukan,” kata Van Huizen.
Peillat dianggap sebagai pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia selepas muncul mesin gol membantu Argentina meraih pingat emas dalam saingan Sukan Olimpik Rio 2016.
Kehebatan Malaysia muncul selaku wakil tunggal Asia ke separuh akhir telah menarik perhatian Retegui dan jurulatih berusia 47 tahun itu sedar perlu lebih berhati-hati kerana skuad Malaysian Hockey Tigers kini berada pada tahap terbaik.
“Setiap pasukan semakin meningkat naik dan pemain-pemain saya perlu bersiap-sedia,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5QIcm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment