Nauzubillah, Imam wanita masjid 'liberal' di Jerman rupanya anak Wakil Rakyat Malaysia
SEBUAH masjid 'liberal' dilaporkan baru dibuka di Berlin, Jerman sejak minggu lalu. Namun apa yang mengejutkan, salah seorang imam wanita yang dilapor menjadi imam kepada jemaah lelaki dan wanita ketika bersolat merupakan anak perempuan kepada seorang bekas Wakil Rakyat, Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman.
Perbuatan Ani Zonneveld atau juga dikenali sebagai Zuraini Tan Sri Abdul Khalid mengimamkan jemaah yang bersebelahan dan bercampur lelaki dan wanita di Masjid Ibnu Rushd-Goethe itu mendapat kecaman pelbagai pihak.
Dilaporkan ketika solat Jumaat pada 16 Jun lalu, Zuraini turut menjadi bilal dengan melaungkan azan di masjid tersebut. Bapa Zuraini adalah bekas ahli parlimen Kota Setar Utara (1958-1964) dan pernah dilantik menjadi orang penting dalam Kementerian.
Portal suaraislam melaporkan, jemaah wanita di masjid ini dibenarkan untuk tidak menutup aurat ketika menunaikan solat, sama ada menggunakan jilbab, mukena atau lain-lain. Menurut portal itu lagi, pengasas masjid tersebut, Seyran Ates mendakwa masjid ini didirikan untuk menunjukkan Islam yang humanistik, sekular dan liberal.
Masjid yang diasaskan oleh tujuh individu itu merupakan masjid ke 88 didirikan di ibu negara Jerman, ia terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan. Semua penganut mazhab di dalam Islam termasuk Syiah, Sufi, dan Alawi, dibenarkan untuk bersolat di masjid tersebut. Golongan gay dan lesbian juga dilapor diizinkan untuk bersolat.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2xkxq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment