Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Menteri mintak rakyat simpati dengan tokey stesen minyak, tapi bila harga minyak naik melambung siapa yang simpati pada rakyat?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Menteri mintak rakyat simpati dengan tokey stesen minyak, tapi bila harga minyak naik melambung siapa yang simpati pada rakyat?”

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mendakwa, ketidaktentuan harga minyak mentah global telah memaksa kerajaan Malaysia untuk menentukan harga mingguan bagi bahan bakar seperti petrol dan diesel.

minyak

Menurutnya, merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengatakan satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan minggu ini dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, tetapi rakyat pula diminta bersimpati kepada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila harga minyak turun.

“Adakah kerajaan sebenarnya prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat ketika ini? Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi, harga barang yang mahal, GST, gaji tidak naik dan sebagainya.

“Dalam isu ini, adakah formula yang akan dibincangkan itu bagi kepentingan semua pihak?

“Saya ingin mengingatkan kepada pihak kerajaan bahawa sebelum ini rakyat terbanyak ini telah pun tertipu dengan penentuan harga minyak yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, baginya taktik ini satu cubaan untuk menjaga kepentingan pengeluar minyak sahaja dan bukan untuk rakyat.

Jelasnya, adakah formula ini hanya sebagai cara mengaut duit rakyat dan seterusnya memenuhkan kantung Umno BN sahaja? Hal rakyat perlu diberi keutamaan kerana mereka begitu terbeban dengan segala kenaikan di zaman pemerintahan Najib Razak.

“Dengan meminta simpati daripada rakyat adalah salah, ketika harga minyak naik melambung siapa yang simpati kepada rakyat? Kerajaan Umno BN? Pengeluar minyak? Saya rasa, tidak.

“Jika sebelum ini ada subsidi minyak, sekarang sudah dihapuskan. Kerajaan kena bertanggungjawab dengan pengenalan program ‘rasionalisasi’ yang diwar-warkan itu,” katanya.

Harga minyak pada 22 Jun hingga 28 Jun 2017 bagi Ron95 turun tujuh sen menjadi RM1.91 seliter. Ron97 juga mencatatkan penurunan sebanyak tujuh sen menjadi RM2.17 seliter.

Manakala bagi Diesel dan Euro 5 pula harga kekal dengan harga RM1.88 seliter dan RM1.98.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Menteri mintak rakyat simpati dengan tokey stesen minyak, tapi bila harga minyak naik melambung siapa yang simpati pada rakyat?”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6zuXW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.