Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu saksikan sendiri anaknya (OKU) didera jururawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu saksikan sendiri anaknya (OKU) didera jururawat


LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT - Seorang ibu terpaksa menyaksikan anaknya yang tidak berdaya didera oleh seorang jururawat yang sepatutnya menjaganya, lapor Daily Mail

Ibu mangsa, Dyanna Ko, yang keluar rumah seketika itu berkesempatan untuk memeriksa keadaan anak, Landon, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh ditonton secara terus di telefon bimbitnya.

Landon menghidap sindrom Rubinstein-Taybi yang mana menyebabkan dia terpaksa makan melalui tiub, buta sebelah mata dan memerlukan penjagaan khas 24 jam. 

Sebaik saja membuka aplikasi CCTV itu, Dyanna ternampak jururawat yang dibayarnya ratusan dollar setiap minggu, tergamak memukul dan mengoncang anaknya dalam tempat duduk bayi. 

"Saya beritahu rakan saya yang saya ternampak anak saya didera. Saya rasa nak pengsan," katanya kepada CBS Los Angeles. 

Dalam video tersebut, jururawat terbabit dilihat mengulung majalah dan digunakan untuk memukul Landon. 


Apa yang lebih teruknya ialah, Dyanna menyaksikan sendiri kejadian itu secara langsung di depan matanya tanpa dapat melakukan apa-apa untuk menghalang jururawat berkenaan. 

Berikutan kejadian itu, Dyanna dan suaminya segera menghubungi 911 yang kemudian sepasukan polis bergegas ke rumahnya untuk menyelamatkan mangsa dan menahan jururawat terbabit. 

Thelma Manalastas yang bekerja dengan Maxim Healthcare Services yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dalam rumah itu ditahan serta merta. 

"Berhubung insiden berkenaan, siasatan telah dijalankan dan hasilnya kami telah menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pihak kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian ini," kata syarikat berkenaan. 

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa tidak berpuas hati dengan penjelasan dan tindakan syarikat tersebut dan telah memfailkan saman terhadap syarikat itu. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBMng8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.