Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petronas KM58 LPT tidak ditutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petronas KM58 LPT tidak ditutup

Petronas menafikan bahawa pihaknya akan menutup Stesen Petronas KM58, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Petronas KM58

Petronas KM58

Menurut kenyataan Petronas, maklumat yang tersebar adalah tidak tepat dan stesen berkenaan tetap beroperasi seperti biasa.

“Maklumat itu tidak tepat dan laporan tersebut telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan kami,” jelasnya.

Terdahulu, mStar Online pada Jumaat melaporkan stesen minyak Petronas di KM58 menghala ke Timur Bentong akan ditutup bagi melicinkan perjalanan balik ke kampung halaman.

Laman Twitter LPT Trafik memuat naik status tersebut pada pukul 11.41 pagi Jumaat.

“Sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur – Karak, susur masuk ke Petronas KM58 hala Timur Bentong akan ditutup mengikut keadaan trafik. Kesabaran anda dihargai,” menurut posting tersebut.

LPT Trafik turut memberikan senarai stesen minyak yang boleh dikunjungi pemandu untuk melancarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Lokasi stesen minyak adalah seperti di KM21.6, BHP, Gombak; KM38.4, Petronas, Genting Sempah dan KM129.6, Petronas, Temerloh.

Orang awam diingatkan agar memastikan tangki minyak kenderaan masing-masing mencukupi agar tidak terkandas di jalan raya.
Sumber: MStar



Sumber Petronas KM58 LPT tidak ditutup

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMuTe4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.