Facebook Bakal Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Penerbitan Video
Facebook sedia memfokuskan kepada arena video sejak kebelakangan ini dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk kebolehan membuat siaran langsung. Terkini, berkongsi pada acara VidCon, pihak Facebook mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk para penerbit video pada tahun ini.
Aplikasi ini akan memfokuskan kepada artis, selebriti media sosial, wartawan, dan mereka yang popular – lebih kurang seperti Facebook Mentions.
Melaluinya, ia akan memudahkan pengguna menambah intro dan penamat pada video, menambah kesan khas tambahan, dan sejumlah ciri-ciri kreatif untuk menjadikan video lebih menarik lagi. Aplikasi baru ini juga kelak akan menyertakan sebuah tab khusus untuk komuniti bagi memudahkan interaksi dengan pengikut.
Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak video-video menarik dihasilkan khusus untuk plaform Facebook – terutamanya video berbentuk siaran langsung.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNuzM0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment