Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Lagu Raya Moden Kurang Digemari? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Lagu Raya Moden Kurang Digemari?

Kenapa Lagu Raya Moden Kurang Digemari?

Lagu raya klasik vs lagu raya moden

Tidak meriah Aidilfitri tanpa adanya lagu raya. Dengan adanya lagu-lagu raya yang sudah berkemundang sejak 15 Ramadan yang lalu, ia menjadi elemen penting dalam menambah mood dan menerbitkan suasana raya. Lagu-lagu raya klasik seperti 'Kepulangan Yang Di Nanti' (Aman Shah), 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' (Sudirman) dan 'Suasana Hari Raya' (Anuar Zain dan Elena) masih lagi menjadi pilihan kebanyakan pusat membeli-belah dan juga radio-radio di Malaysia.

Hal ini tidak bermakna lagu raya moden tidak mendapat tempat di hati pendengar. Namun, dimana silapnya, lagu raya moden seakan-akan ketinggalan dan agak kurang diminati. Adakah silapnya daripada feel yang kurang? Lirik raya yang tidak kesampaian ataupun genre yang terlalu moden? Lagu Bunkface 'Anugerah Syawal' ini antara lagu raya baru yang diminati ramai.


Gambar: YouTube

Bagi Nazri Noran, Pengurus Kanan Kandungan ERA FM, kualiti lagu raya moden sekarang lebih kepadagenre pop dan kurang menggunakan instrument seperti lagu-lagu tradisional. "Kualiti lagu raya moden juga bagus tambah-tambah lagi lagu baru yang original, memang ada kreativiti. Tapi kalau lagu raya lama yang diberi nafas baru oleh penyanyi sekarang, sudah tentu orang akan bandingkan dan orang lebih memilih versi yang asal. Hal ini kerana kita membesar dengan lagu-lagu raya klasik ini jadi ia dah melekat dalam jiwa," katanya.


Nazri Noran (Gambar: Studio H)

Setiap lagu pasti ada penceritaan yang ingin disampaikan terutamanya lagu bercorak festival. "Pada saya sendiri, lagu 'Dendang Perantau' sangat mengingatkan saya pada kampung halaman. Jadi bila kita dengar lagu-lagu raya klasik ni, kita boleh kaitkan balik dengan kisah kita sendiri. Ada nostalgia dan feel dia sangat kuat dan dekat. Bila dengar lagu raya klasik ni pun kita boleh sing along. Lagu raya moden pula bukan tiada feel. Cuma feel dia macam lain. Mungkin disebabkan muziknya pop, jadi ia lebih berbentuk urban."

"Majoriti pendengar ERA FM sendiri lebih suka dengan lagu-lagu raya klasik sebab mereka membesar dengar lagu-lagu itu. Saya bersetuju dengan lagu raya moden sekarang kurang feel raya tapi tak semua lagu. Tetapi terpulang pada pendengar juga kerana ada yang meminati lagu raya moden sebab lagunya lebih clean dan tak banyak instrument. Lagu-lagu raya moden juga banyak yang fresh," jelasnya lagi.


Gambar: YouTube

Untuk menunjuk satu-satu kesalahan lagu raya moden, lagu raya moden ini tiada kesalahan. Menurut Nazri, "Tiada cara yang betul pun untuk buat lagu raya. Tapi apa mesej yang nak disampaikan? Apakah maksud raya pada seseorang individu. Jalan cerita dalam lagu raya sangat memainkan peranan sebab kita sendiri nak kaitkan dengan kisah kita. Lirik juga sangat penting. Adakah lirik tu sesuai? Kalau liriknya sedih tapi lagunya rancak, tak kena juga. Bagi lagu raya lama yang disusun dalam versi baru, memang orang susah nak terima dan akan dibandingkan dengan penyanyi asal."

"Tahun ini juga tak panjang masa yang kami ada untuk putarkan lagu raya. Hanya empat ke enam minggu sahaja jadi dalam masa empat minggu itu, tak ramai orang boleh tangkap lagu tu. Mungkin ada satu dua lagu sahaja yang orang boleh jatuh suka bila pertama kali dengar. Jadi, tak perlu tergesa-gesa untuk menghasilkan lagu raya dan selidik betul-betul. Banyak juga komen kami terima dari pendengar yang kurang menerima lagu-lagu raya moden tetapi ada juga permintaannya jadi antara lagu raya klasik dan moden, kami seimbangkan."


Suby (Kanan)

Bagi Pengurus Besar Program Suria FM, Subarma Mohtaruddin atau lebih dikenali sebagai Suby, kualiti lirik, melodi, rakaman, adunan, penyanyi dan apa sahaja dalam penghasilan lagu agak subjektif untuk diberi pendapat. "Tidak ada jawapan terus yang boleh menyatakan sesuatu lagu itu berkualiti atau tidak kerana yang penting adalah nilai kesenian melayu itu tidak terpinggir," jelasnya. Apakah perbezaan yang ketara bagi lagu raya klasik dan lagu raya moden? "Bahasa itu mencerminkan bangsa. Adakah kita tidak mampu menghasilkan lirik seperti ini?",

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Uniknya, lagu-lagu raya klasik lebih tertumpu kepada nilai kesenian lirik, melodi, susunan muzik, naluri yang tepat, boleh dinyanyikan tanpa peralatan muzik dan nyanyiannya mencerminkan perayaan yang disambut. "Pilihan terletak ditangan pendengar. Lama atau baru bukannya ukuran pemilihan sesebuah lagu oleh pendengar. Ia bergantung kepada kesesuaian lagu itu dimasa ia didengar. Bagi gubahan lagu lama yang diberi nafas baru pula, perlu dipastikan ia lebih baik daripada lagu asal atau sekurang-kurangnya sama standard. Sebagai contoh, 'Cahaya Aidilfitri' Caliph Buskers atau Black Dog Bone. Adakah perlu gubahan sedemikian bunyi? Bagi stesen radio, kami ikut pada pendengar. Lagu mana pendengar suka, kami putarkan."


Gambar: YouTube

Lagu raya yang bagus semestinya menjadi perhatian menjelang Syawal. Sebagai contohnya Lagu Raya Datuk Siti Nurhaliza 'Sesuci Lebaran' yang sememangnya tidak lekang dimakan waktu. Jadi bagi semua penggemar lagu raya, tidak kira lagu raya klasik ataupun lagu raya moden, semuanya dihasilkan untuk merai dan memeriahkan sambutan Aidilfirti anda. Terpulang pada individu itu sendiri untuk lebih cenderung ke arah klasik seperti lagu Ahmad Jais ataupun yang urban seperti lagu Yuna 'Raya Oh Yeah' ini. 

Ahmad Jais - Selamat Hari Raya

Yuna - Raya Oh Yeah



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFjDkV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.