Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Serangan Bom Di Makkah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Serangan Bom Di Makkah

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidilharam di Makkah semalam yang mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan hari Sabtu, kementerian itu berkata ia akan memantau situasi berkenaan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati pengganas di Makkah...serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.

Malaysia juga merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan serta rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terbabit dalam serangan ini, kata kenyataan itu.

Media melaporkan kejadian itu berlaku-kira-kira 1.5km dari Masjidilharam.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian 00966126727740 atau 00966126728019. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5tbIM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.