Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aidilfitri wadah hormati kepelbagaian di Malaysia - Sultan Nazrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aidilfitri wadah hormati kepelbagaian di Malaysia - Sultan Nazrin

IPOH: Aidilfitri hendaklah dijadikan platform untuk menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah sambutan Aidilfitri juga perlu membuktikan sifat persaudaraan umat Islam dan sifat kemanusiaan yang tidak bermusuh sesama insan.

"Pancarkan sifat persaudaraan dan sifat kemanusiaan bersama fajar Aidilfitri.

"Sambutlah Aidilfitri, dalam semangat menghargai nikmat kurniaan Ilahi serta berpandukan sunnah Rasul. Kunjungilah sanak saudara dan sahabat handai, di samping menerima kunjungan para tetamu dalam semangat ukhuwah dan persaudaraan," titah baginda dalam perutusan Aidilfitri di sini, hari ini.

Sultan Nazrin turut berpesan bahawa dalam keriangan menyambut Aidilfitri terdapat hampir 60 juta umat Islam sedang menumpang tinggal di pusat-pusat pelarian di serata dunia.

"Dalam keriangan menyambut Aidilfitri, insaflah! Di sekeliling kita masih terdapat golongan yang berada dalam kemiskinan, berkongsilah kemewahan rezeki yang dikurniakan Ilahi dengan memperbanyakkan amalan sedekah," titah baginda.

Baginda turut mengajak umat Islam agar menghargai pengorbanan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai pihak untuk membolehkan Aidilfitri disambut dalam suasana aman, tenteram, riang serta meriah.

"Para anggota polis, tentera, bomba, penjara, imigresen, kastam; kakitangan hospital, sektor pengangkutan dan perkhidmatan, begitu juga kakitangan media, radio dan televisyen.

"Semoga pengorbanan mereka diterima oleh Allah sebagai amal makruf yang dikurniakan keberkatan semasa di dunia, dilimpahkan rahmat keselesaan ketika di alam barzakh, diberatkan timbangan amal ketika berada di Padang Mahsyar," titah baginda.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6RDK8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.