Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viral video Ketua kampung tidur atas timbunan duit 1bilion rupiah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viral video Ketua kampung tidur atas timbunan duit 1bilion rupiah

Seorang ketua kampung, Lurah Suhartono atau dikenali sebagai Syekh Nono menjadi popular setelah video memaparkan dia tidur di atas duit menjadi tular menerusi media sosial.

Tular Ketua Kampung Tidur Beralas Duit 1 Bilion Rupiah

Ketua Kampung Sampangagung di Kecamatan Kutorejo, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur berkenaan namun kini menjadi buruan ramai pemberita tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan kesahihan video berkenaan.

Portal berita Detikcom melaporkan, video tersebut menjadi tular selepas disiarkan melalui media sosial dua hari lalu yang memaparkan aksi bersahaja ketua kampung itu tidur di atas timbunan wang kertas di dalam rumahnya sendiri.

Nilai keseluruhan wang berkenaan dianggarkan kira-kira 1 bilion rupiah (kira-kira RM300,000), malahan perkara itu disahkan rakannya sendiri yang juga Ketua Kampung Pesanggrahan, Kecamatan Kutorejo, Mohammad Afif.

“Benar itu adalah Nono, Kades (ketua desa) Sampangagung. Dia pengusaha, miliader (jutawan),” kata lelaki tersebut yang dipetik media tempatan. Kampung berkenaan terletak sekitar 754 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta.

Menurut Mohamad lagi, Nono merupakan pengusaha yang berjaya di perkampungan tersebut, bahkan penampilan dirinya yang agak ketara menjadi antara ciri khasnya termasuk pemakaian anting dan bertatu pada tubuh badan.

“Meski gaya tampilan kaya gitu, jiwa sosialnya tinggi. Program pembangunan di Desa Sampangagung, pesat,” ujar beliau dan menyatakan Nono mula menjadi kaya setelah bergelar usahawan kilang pembuatan arak tempatan.

Berita luar biasa tersebut turut disahkan oleh Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat dan Protokol Sekretariat Daerah Kabupaten Mojokerto, Alfiah Ernawati ketika dihubungi pihak media.

Sumber: Mynewshub.cc

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZTzAk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.