Hi! Welcome Back and Stay Tune! RCI MAMPU BONGKAR LEBIH SKANDAL BANK NEGARA, KATA SIDEK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RCI MAMPU BONGKAR LEBIH SKANDAL BANK NEGARA, KATA SIDEK

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat membantu dalam mendedahkan lebih banyak butiran tentang kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada 1980-an dan 1990-an, jauh lebih banyak daripada yang didedahkan, kata bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Pasukan Petugas Khas (STF) yakin dengan penyiasatannya bahawa angkanya jauh lebih besar (daripada yang telah didedahkan),” katanya.

Bagaimanapun, STF tidak dapat memeriksanya dengan lebih terperinci berikutan batasan yang dihadapinya, katanya dalam temu bual dengan media terpilih pada Jumaat.

“Sebagai sebuah Pasukan Petugas, kami ada batasannya. Sebab kita ditubuhkan secara pentadbiran sahaja dan tidak di bawah mana-mana undang-undang maka STF tidak mempunyai kuasa untuk memaksa sesiapa untuk datang membincang atau memberi apa-apa maklumat,” jelasnya.

STF yang diterajui beliau boleh akses kepada dokumen yang diboleh didedahkan kepada awam, contohnya Laporan Tahunan BNM dan rundingan antara BNM dan Tabung Kewangan Antarabangsa.

“Kami juga tidak boleh paksa sesiapa untuk datang, jika anda suruh mereka datang dan mereka tidak mahu datang, perkara itu bukan satu isu.

“Dan jika mereka datang dan kami soal mereka, dan sekiranya mereka enggan jawab (kami tidak boleh buat apa-apa mengenainya).”

“Dan ia tidak secara bersumpah. Walaupun mereka jawab, kami tidak tahu sama ada ia benar. Jadi sebab itu kenapa RCI adalah lebih baik, walaupun selamat untuk katakan bahawa STF mempunyai sebab untuk percaya bahawa angka kerugian sebenar adalah berbeza dan dan lebih banyak daripada angka yang diberikan lebih awal,” kata Sidek.

Namun, RCI boleh melakukannya, katanya dan menurutnya ia mungkin mempunyai akses kepada dokumen-dokumen berkaitan kerugian urus niaga mata wang asing, misalnya daripada Kementerian Kewangan (MOF) atau BNM,

Pada 26 Januari, bekas penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan BNM mengalami kerugian US$10 bilion (RM42.9 bilion) dalam urus niaga pasaran mata wang asing pada awal 1990-an, jauh lebih besar daripada RM9 bilion seperti dinyatakan oleh BNM.

Susulan itu, STF dengan tujuh anggota yang diketuai Sidek ditubuhkan pada Februari.

Sidek, yang juga pengerusi Petronas berkata STF fokus pada tiga perkara dalam terma rujukan, satu daripadanya mengendalikan penyiasatan awal  kerugian dialami  BNM berkaitan dengan transaksi mata wang asing yang berasaskan spekulatif.

Ia juga menyiasat sama ada terdapat sebarang tindakan untuk menyembunyikan kerugian itu dan sama ada Kabinet dan Parlimen juga telah dikelirukan, dan ia perlu mematuhi syor-syor kerajaan untuk tindakan lanjut, termasuk menubuhkan RCI.

Pada 21 Jun, STF menyerahkan dapatannya, merumuskan bahawa ia mendapati wujud kes prima facie untuk penyiasatan lebih terperinci dengan penubuhan RCI.

Menjelaskan proses penyiasatan itu, Sidek berkata sebanyak 12 individu termasuk bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah ditemubual oleh STF, dan mereka semua memberikan kerjasama baik.

Ditanya sama ada terdapat individu yang dipanggil tetapi tidak tampil, beliau berkata: “ Yang dipanggil tak ramai yang tak mahu datang. (Yang tidak datang), mungkin dia sudah lupa.”

Antara mereka yang dipanggil oleh STF ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta bekas Menteri Kewangan Kedua dan Penolong Gabenor  BNM pada ketika itu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ditanya mengenai keperluan untuk menyiasat perkara yang telah berlaku kira-kira dua dekad lepas, Sidek berkata, “Perkara ini telah berlaku lama tetapi dedahan telah dibuat yang menyatakan angka kerugian itu adalah agak besar.

“Saya kira, rakyat perlu penjelasan tentang perkara itu dan kerajaan telah memutuskan supaya diadakan penyiasatan.

“Oleh itu, RCI adalah satu-satunya jalan untuk mengetahui sepenuhnya.

“Kalau tak buat sekarang, ia akan berlarutan. Di masa hadapan lima, 10 tahun lagi akan dibangkitkan lagi.  Dengan penyiasatan penuh menerusi RCI, perkara ini akan dimuktamadkan,” katanya.

— Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZCmHx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.