Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama pagi ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama pagi ini berikutan masih ramai dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri yang dijangka disambut esok.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), aliran trafik ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar dan Bukit Tagar ke Lembah Beringin.

"Aliran trafik juga bergerak perlahan dari Lembah Beringin menuju ke Tanjung Malim dan seterusnya ke Behrang setakat 9 pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan sama juga dilaporkan di kawasan Slim River menuju ke Sungkai, Sungkai ke Bidor, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gua Tempurung, Gopeng ke Simpang Pulai, Jelapang ke Tanjung Menora dan Tanjung Menora ke Sungai Perak.

Jurucakap itu berkata, aliran trafik arah Selatan pula hanya sesak dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur hanya perlahan di kawasan Gombak ke arah Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://ift.tt/1NMlRUJ atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sANSLm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.