Jari kanak-kanak lelaki tersepit dalam eskalator
Kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, 2 tahun, sedang bermain dengan kakaknya di sebuah kawasan di tingkat tiga plaza berkenaan sebelum terjatuh ke atas eskalator menyebabkan jarinya tersepit.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, pihak pengurusan pusat itu segera menghentikan eskalator.Pihak bomba menghantar dua jentera bersama 11 anggota sejurus menerima panggilan kecemasan dan setibanya di sana, didapati jari mangsa tersangkut pada plat eskalator.
"Jari terlibat adalah jari kelengking dan jari hantu dan untuk menyelamatkannya, bomba terpaksa memotong sebahagian plat itu.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan rapi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2se2im1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment