Jari kanak-kanak tersepit dalam eskalator
Mangsa yang berusia 2 tahun sedang bermain di tingkat 3 pusat membeli belah sebelum terjatuh ke atas eskalator.
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah dua jari tangan kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 2.00 petang ketika mangsa, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, 2, sedang bermain dengan kakaknya di sebuah kawasan di tingkat 3 plaza berkenaan sebelum terjatuh ke atas eskalator menyebabkan jarinya tersepit.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Mohd Suhaimi Abdul Jamal, pihak pengurusan pusat itu segera menghentikan eskalator.
Bomba menghantar 2 jentera bersama 11 anggota sejurus menerima panggilan kecemasan dan setibanya di sana, didapati jari mangsa tersangkut pada plat eskalator.
“Jari terlibat adalah jari kelengking dan jari hantu dan untuk menyelamatkannya, bomba terpaksa memotong sebahagian plat itu.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. -FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdCIO8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment