Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abdul Karim Jagung Manis Bukannya Setahun Jagung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abdul Karim Jagung Manis Bukannya Setahun Jagung


BAU: Walaupun ada pihak menggelar Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai setahun jagung, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebaliknya menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu sebagai 'jagung manis'.

"Meskipun Karim 'setahun jagung', jagung ini manis. Ada pihak menyatakan Karim setahun jagung, jika ada ingin mencari jagung, sudah pasti anda mencari jagung muda kerana manis dan segar," katanya.

Memetik laporan The Borneo Post, walaupun Abang Johari tidak menyatakan nama semasa berucap, difahamkan beliau merujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menggelar Abdul Karim 'setahun jagung' selepas mempersoalkan sama ada Cukai Pelancongan disalurkan balik kepada Sarawak.

Nazri sebelum ini berkata, Cukai Pelancongan baharu itu akan bermula 1 Julai tetapi ditangguhkan ke 1 Ogos berikutan sistem belum siap sepenuhnya.

Beliau berkata, di bawah polisi baharu itu, Cukai Pelancongan dikenakan kepada pelancong asing tetapi rakyat Malaysia yang tinggai di hotel tiga bintang ke bawah tidak dikenakan bayaran cukai.

Nazri menambah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengumpul cukai baharu itu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, tidak seperti jagung muda, jagung tua tidak bertenaga dan ini menyebabkan keputusan dibuat kelam kabut.

"Yang tua tidak bertenaga...ini menyebabkan berlaku kelam kabut. Keputusan jagung tua kelam kabut kerana sudah tua. Karim adalah jagung muda," ujarnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEXDqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.