Anak Kapal Warga Thailand Hilang Di Perairan Morib
SHAH ALAM – Seorang anak kapal warga Thailand dilapor hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut, kira-kira 11 batu nautika dari barat daya Morib, Banting semalam.
Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata ketika kejadian, kapal tangki itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju Papua New Guinea.
”Pusat Operasi Daerah Maritim 4 (DM 4) Selangor terima maklumat pukul 7.18 petang semalam berhubung kehilangan mangsa dalam kapal yang didaftar di Bangkok, Thailand selepas kali terakhir dia dilihat pada 5.30 petang.
“Lelaki itu dikenali sebagai Teerayouth berusia 28 tahun disyaki terjatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Abu Zaki, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC Johor Bharu) sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 8 malam tadi dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut menggerakkan aset ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian.
Katanya operasi masih diteruskan dan sektor pencarian akan diperluas dari lima kepada 10 batu nautika. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWogLr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment