Analisa Teknikal Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017
EUR/USD – Analisa Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Secara keseluruhan, pergerakan harga bagi EUR/USD masih dikuasai mood bullish dengan terbentuknya wave ke arah uptrend(HL,HH,HL,HH). Di samping, harga EUR/USD turut menutup pasaran minggu lalu pada harga di atas paras 1.1700.
Jadi, sebarang kelemahan euro ketika ini adalah retracement dan peluang untuk ‘long’ boleh diperhatikan di timeframe samaada H1,H4 di sekitar harga 1.1480 – 1.1300 iaitu support terhampir dan terbaik yang boleh diperhatikan sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Oleh itu, selagi EUR/USD tidak breakout harga 1.1300, Team Analisa berpendapat pergerakan momentum EUR/USD masih kuat ke arah uptrend.
GBP/USD – Analisa Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Pada minggu lalu, harga GBP/USD akhirnya berjaya untuk meneruskan pergerakan bullish dengan membentuk new HH .Direkodkan kenaikan harga GBP/USD minggu lalu mencecah lebih kurang 150 pips.
Jadi, pada minggu ini sebarang penurunan adalah peluang yang boleh diperhatikan adalah untuk ‘long’ dan jika breakout Key Resistance, potensi kenaikan yang boleh dicapai adalah sekitar harga 1.3200 – 1.3300. Manakala, target retracement yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 1.2930 – 1.2800 bagi membentuk new HL sebelum ia mulai mengorak langkah untuk meneruskan lagi kenaikan. Kesimpulannya, EUR/USD masih dikuasai mood bullish berbanding bearish ketika ini.
AUD/USD – Analisa Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Secara teknikal, pergerakan harga bagi AUD/USD masih dalam mood uptrend dan jika diperhatikan harga telah breakout range pada tahun 2016 sejak 3 minggu lalu dan kini berada pada range harga tahun 2015. Dijangkakan dalam jangka masa yang panjang ia berkemungkinan berpotensi untuk mencapai semula harga pada range tahun 2014(rujuk timeframe mingguan).
Pada minggu ini, tumpuan lebih ke arah retracement dimana harga sekitar 0.7880 – 0.7814 berpotensi untuk membentuk new HL sebelum ia bullish. Dan target seterusnya yang berpotensi dicapai jika breakout Key Resistance 0.8050 adalah sekitar harga 0.8150 atau ke harga yang lebih tinggi lagi. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support ini ia akan mencapai ke harga support terhampir iaitu 0.7730.
USD/JPY – Analisa Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan minggu lalu, USD/JPY berjaya melakukan retracement ke sekitar harga resistance terhampir iaitu 111.90/112.00 lalu membuat penurunan lebih kurang 130 pips hingga mencapai target terhampir iaitu ke harga 110.30.
Pada minggu ini, secara teknikal momentum masih kuat ke arah bearish ketika ini dan berpotensi untuk melakukan retracement sebelum ia bearish. Walaubagaimanapun, jika ia breakout 110.30 iaitu support terhampir ini, ia berpotensi tinggi untuk terus bearish pada minggu ini.
Target bearish adalah ke sekitar harga Key Support iaitu 109.30 dan jika breakout ia akan bearish ke harga yang lebih rendah lagi iaitu 108.30. Jadi kesimpulannya, selagi ia tidak breakout 112.00, kebarangkalian adalah masih tinggi untuk ia bearish pada minggu ini.
GBP/JPY – Analisa Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Jika diperhatikan, GBP/JPY kini masih berada di bawah paras harga Key Resistance iaitu 147.80/148.00 yang juga merupakan resistance mingguan yang sangat ketara. Sejak dari tahun 2016 selepas brexit ia masih gagal untuk dibreakout.
Jadi pada minggu ini, selagi ia tidak breakout harga 147.80, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish. Resistance yang boleh diperhatikan juga adalah sekitar harga 146.50 yang berpotensi untuk ia retrace. Dan jika breakout 144.30, target bearish terhampir adalah ke sekitar harga 143.50 atau ke harga yang lebih rendah lagi bagi membentuk new LL iaitu 142.30.
The post Analisa Teknikal Mingguan 31 Julai – 4 Ogos 2017 appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMC75w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment