Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAHAYA PAKAI 'FAKE BRACES' UNTUK BERFESYEN.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAHAYA PAKAI 'FAKE BRACES' UNTUK BERFESYEN..


Kenapa ada yang fikir nak pakai braces sedangkan mereka tak perlukan pun braces ini? Bila kita tanya pada penjual, braces ini untuk apa? Jawapan mereka simple je.

"Suka-suka je sis. Sebagai fesyen. Kan trending sekarang ni pakai braces macam ni."

Kalau baju ke, kasut ke, wallet ke, hand bag ke, jam tangan ke, bolehlah nak terima lagi kalau kata fesyen. Ini braces pun nak dijadikan fesyen ke?


Pernah tak tanya mana-mana orang yang pakai real braces, apa diorang rasa? Bertahun-tahun tanggung derita demi nak mencantikkan gigi. Nak makan susah. Mulut penuh ulcer. Nak gosok gigi apatah lagi. Bukan senang tahu gosok gigi yang pakai braces ni.

Jadi kenapa mereka anggap braces ni fesyen? Jawapannya mudah je. Ada warna-warni pada gigi tu. Pernah tengok kan? Cuba usha member yang pakai braces. Tak semua tapi mesti ada getah bulat-bulat warna warni dekat setiap gigi tu. Benda tulah yang tukang jual duk ptomote.

Orang yang pakai real braces pun excited sebenarnya setiap kali appointment. Pasal boleh tukar warna. Boleh pilih warna apa nak. Boring merah, tukar hijau, agak-agak nak feminin, ambil pink, rasa nak natural, ambil silver, biar sama dengan warna dawai.


Sebenarnya penjual tahu ke tak apa fungsi benda ni? Dan kenapa ia bahaya kalau penjual tak tahu apa nak buat atau monitor benda ni?

Getah bulat warna-warni ini kita panggil Ligature atau orang biasa sebut "rubber band". Band ini fungsi dia untuk pegang wayar/dawai pada bracket yang dah dilekatkan pada gigi.

Kenapa penting band ini? Sebab wayar/dawai yang dah ketat, perlu kita pegang dengan band ni supaya tak tercabut atau tertanggal. Band ini juga akan membantu memberikan daya tambahan untuk menggerakkan gigi dalam rawatan orthodontik. Dawai ini ada daya, bergantung kepada rawatan pakar berapa kuat daya dia bagi. Dawai ini juga mengikut bentuk mulut gigi pesakit. Supaya setiap gigi mendapat daya ditolak atau ditarik yang sepatutnya.

Sama juga macam power chain. Rupa dia macam rubber band. Bulat-bulat, warna-warni. Cuma dia bersambung macam rantai. So, jadilah nama dia chain. Kenapa power? Sebab benda ni juga ada daya. Getah kan. Ada daya menarik gigi. Sebab tu guna dia untuk rapatkan gigi atau nak pastikan gigi tak bergerak. Bukan suka-suka letak ikut fesyen.


Jadi kita bayangkan penjual fake braces ini tidak ambil tahu pun adakah dawai yang dia jual tu sama bentuk ke dengan mulut pesakit? Kemudian daya macam mana dia bagi? Kau orang kena tahu, kalau dawai ni tidak betul-betul mengikut mulut pesakit, daya yang tidak sepatutnya bakal dikenakan ke atas gigi yang tidak sepatutnya.

Sebab itulah ada kes gigi tercabut selepas pakai fake braces ni. Ada yang baru pasang tertanggal bracket. Semuanya sebab penjual tak tahu dan tak ambil kisah pun benda-benda ni.

Sebab itu jugalah orang yang dah cantik giginya, tak payah nak gatal-gatallah pakai fake braces untuk fesyen ni. Orang sibuk nak putihkan gigi, kau pula sibul nak bubuh rubber band kaler-kaler tu kat gigi pula.

Orang gigi cantik sibuk nak pakai braces, entah-entah lepas ni orang tak mati pun sibuk nak menggayakan kain kapan.

Pegawai Pergigian KKM
Medical Mythbusters Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMkPWr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.