Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banyak Kes Keracunan Makanan, Waspada Rumah Terbuka Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banyak Kes Keracunan Makanan, Waspada Rumah Terbuka Raya



Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa peka terhadap keselamatan makanan yang disediakan di majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Pengarah Kesihatannya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata mereka perlu memastikan pengendalian makanan yang bersih dan sanitari diamalkan.

Menurut Dr Noor Hisham ini adalah kerana pada tahun lalu, terdapat peningkatan kes keracunan makanan dengan mendadak iaitu peningkatan sebanyak 51.6 peratus pada bulan lebaran ini berbanding bulan biasa.

“Semasa menyediakan juadah rumah terbuka, para tetamu pula perlu mengamalkan kaedah “lihat, hidu dan rasa” sebelum menjamah makanan.

Di samping itu, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Oleh itu , Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna yang bijak dengan mengutamakan kesihatan, kebersihan, dan keselamatan makanan. — Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYEiDD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.