Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buat Tangan Anda Dengan Gaya Begini dan Anda Tidak Menyangka Hasilnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buat Tangan Anda Dengan Gaya Begini dan Anda Tidak Menyangka Hasilnya


Apabila kita melihat pada tangan, kita hanya akan beranggapan ia hanyalah sekadar tangan. Tetapi, jika anda bertanya kepada ahli refleksologi, mereka akan memberikan beberapa titik aktif yang dapat memberikan kuasa kepada badan dan minda anda.

Kami ingin berkongsi dengan anda apa yang boleh anda lakukan dengan setiap jari anda.

Ibu jari


Ibu jari dapat membantu mengatasi gemuruh dan sakit kepala. Jika anda sedang mengalami sakit kepala, genggam ibu jari anda dengan lembut. Ahli refleksologi mengatakan ia akan melegakan sakit tersebut.

Jari telunjuk


Jari telunjuk mengawal sakit otot termasuklah perasaan kecewa, takut, dan malu. Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan sakit otot berasa lebih lega selepas terapi refleks. Genggam jari telunjuk selama lima minit.

Jari tengah


Tekan jari tengah untuk membantu mengatasi perasaan geram, marah, atau lebih penat daripada biasa. Kajian menunjukkan senaman tersebut dapat mengurangkan tekanan darah dan membuatkan diri anda tenang.

Jari manis


Emosi yang negatif dan kesedihan akan dapat diatasi dengan genggaman lembut pada jari manis anda selama lima minit. Pastikan anda dalam keadaan tenang dan kawal pernafasan anda.

Jari kelingking


Jika diri anda dalam keadaan tertekan, gemuruh, dan ingin meningkatkan keyakinan diri, urutan pada jari kelingking dapat membantu. Anda boleh cuba mengurutnya selama lima minit. Cuba fikirkan sesuatu yang baik ketika melakukannya.

Tapak tangan


Tekan jari anda di tengah tengah tapak tangan. Urut dalam pergerakan membulat. Tarik nafas sedalamnya dan hembuskan, ulang sebanyak tiga kali. Ahli refleksologi mengatakan tapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi. Kajian menunjukkan urutan yang selalu dilakukan pada tapak tangan membantu mengatasi loya, cirit birit, sembelit, dan tertekan.

Tapak tangan yang ditekan pada satu sama lain


Gaya ini sering digunakan dalam meditasi. Ia membantu anda untuk fokus. Dengan menekan kedua-dua tapak tangan dapat meningkatkan pergerakan darah.

Surya Mudra


Gaya ini akan membantu anda meningkatkan penghadaman dan metabolisme. Teknik ini juga boleh digunakan untuk suhu darah yang rendah dan ketika hilang selera makan.

Sumber: Nakbebel


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyjl1q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.