Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Memang agak melecehkan apabila terpaksa menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak.
Cara+lembutkan+daging+beku

Biasanya, daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut.

Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit)

Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik dan haba yang dihasilkan melalui proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging.

Cara+lembutkan+daging+beku

Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini.

Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Awas! Hidangan Steak Daripada Gam Daging!

sumber: wanista



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVFhoi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.