DBKL Hadir Dengan Aplikasi eDrive – Memudahkan Memantau Keadaan Lalulintas
DBKL kini telah mula menawarkan aplikasi eDrive untuk Android dan iOS dalam bentuk percubaan, sekaligus memudahkan pengguna untuk memantau keadaan lalulintas sekitar bandar Kuala Lumpur dengan mudah.
Melalui aplikasi eDrive, pengguna boleh memantau keadaan jalan raya dengan melihat kepada suapan CCTV masa-nyata melaluinya, selain turut melihat jalan raya yang ditutup, serta notifikasi daripada DBKL mengenai penyelengaraan dan penutupan jalan raya.
Disamping itu, aplikasi sama juga membolehkan pengguna untuk melaporkan sebarang masalah atas jalan-raya dengan mudah – seperti jalan berlubang dan sebagainya.
Ciri tambahan lain yang ditawarkan adalah termasuk kemudahan untuk melihat kotak parkir kosong di beberapa pasaraya utama sekitar bandar Kuala Lumpur.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi eDrive ini hari ini pada Android dan iOS.
Muat-Turun eDrive untuk Android
Muat-Turun eDrive untuk iOS
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFy9bz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment