Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Ini Dakwa Lelaki Berwajah Anime Tidak Wujud Cuma Guna Aplikasi Camera 360 Dan Beauty Plus Untuk Tipu Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Ini Dakwa Lelaki Berwajah Anime Tidak Wujud Cuma Guna Aplikasi Camera 360 Dan Beauty Plus Untuk Tipu Netizen


Beberapa minggu yang lepas, netizen digemparkan dengan seorang lelaki tempatan yang membuat pembedahan sehingga mencecah RM200,000 untuk berwajah seperti watak anime dan K-Pop. Namun sejak semalam viral di media sosial kisah sebenar lelaki berkenaan dengan dakwaan terbaru oleh rakan kepada lelaki tersebut. 

Seorang wanita bernama Bella Barbie mendakwa lelaki bernama Miyyo Rizone itu tidak wujud. Berikut adalah pendedahan gadis berkenaan. 


Dalam status berkenaan gadis tersebut telah mendakwa imej berwajah anime Miyyo itu telah disunting menggunakan applikasi telefon seperti Camera 360 dan Beauty Plus. Tambah gadis itu lagi, Miyyo tidak memiliki rahang yang tajam dan kurus seperti di dalam gambar yang viral itu. 

Selain itu, Miyyo juga menipu tentang jumlah sebenar pembedahan tersebut malah pernah menemani lelaki tersebut membuat pembedahan. Menurut Bella lagi, kos pembedahan untuk hidung dan dagu cuma RM1,000 setiap satu manakala untuk menipiskan bibir juga hampir RM1,000. 


Menurut laporan Mstar, Miyyo gagal untuk dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan gadis tersebut. Rata-rata netizen pula mengecam tindakan Miyyo yang sanggup menipu untuk mendapatkan perhatian orang ramai manakala ada juga yang menganggap Bella cuma iri hati dan ingin menjatuhkan Miyyo. 

Miyyo menjadi bualan netizen selepas gambar-gambarnya seperti anime itu menjadi viral malah dia juga mendakwa mendapat tawaran menjadi artis K-Pop setelah sebuah agensi mencari bakat dari Korea Selatan menawarkan kontrak yang bakal ditubuhkan pada musim luruh akan datang. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u31YGB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.