Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guna Tangkal Kebal Pun Kena Cekup Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guna Tangkal Kebal Pun Kena Cekup Polis


GUA MUSANG: Dua tangkal dipercayai digunakan empat penyamun untuk melindungi diri, bagaimanapun tidak sekebal mana apabila keempat-empatnya ditangkap polis ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Bandar Utama di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2 pagi menyebabkan keempat-empatnya berusia 21 hingga 25 tahun kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek dipercayai memecah masuk rumah mangsa berusia 30-an menerusi bumbung, malah turut menggunakan tangga yang dibawa sendiri selain senjata.

Antara senjata adalah empat golok dan dawai yang digunakan untuk mengikat mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa tiada di rumah dan pulang ketika suspek berada di dalam rumahnya. Suspek mengugutnya dan cuba mengikat mangsa.

“Namun, mangsa berjaya meloloskan diri dan keluar menerusi pintu hadapan. Dia kemudian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Suspek ketika itu menyembunyikan diri dengan seorang berada di dalam longkang dan tiga lagi dalam pembetung berhampiran rumah berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, semalam.

Rajab Ahad berkata, dua tangkal ditemui di dalam poket seluar dua daripada empat suspek itu yang berasal dari daerah ini, Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

Katanya, alat khurafat itu dipercayai suspek dapat melindungi mereka ketika melakukan jenayah dan usaha mengesan jenayah lain dilakukan mereka giat dilakukan.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPPgJu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.