Kajian Membuktikan Membela Kucing Elakkan Anda Dari Serangan Jantung
Kehadiran kucing dalam rumah anda, jangan diambil mudah atau pandang sebelah mata sahaja. Ini kerana kucing dan beberapa haiwan perliharaan lain selama ini diketahui mampu mengurangkan rasa stress dan tekanan.
Memang ada benarnya perkara itu, malah dengan membela kucing sebenarnya mampu memberi manfaat kepada kesihatan anda.
Satu penelitian yang disiarkan menerusi medicaldaily.com mengungkapkan,
"Membela kucing dapat menurunkan tekanan darah akibat akibat pelepasan hormon oksitosin. Hormon tersebut sebelum ini hanya diketahui membantu proses kelahiran dan penyusuan."
Namun, telah dapat dibuktikan hormon oksitosin juga sangat baik untuk mengurangkan rasa cemas, stress dan menurunkan tekanan darah. Ini akhirnya membantu tekanan darah menjadi lebih normal dan kinerja jantung tetap terjaga.
Malah, ada penelitian yang dilakukan di University of Minnesota menunjukkan mereka yang memelihara kucing mampu menurunkan risiko sakit jantung sehingga 30 peratus!
Begitulah hebatnya 'penangan' dengan membela kucing! Oleh itu, bagi anda yang memang menyukai kucing, anda sangat beruntung!
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbTdKI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment