Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengajaran Gambar Gadis Shell, Aurat Wanita Yang Perlu Masyarakat Faham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengajaran Gambar Gadis Shell, Aurat Wanita Yang Perlu Masyarakat Faham

Pengajaran Gambar Gadis Shell, Aurat Wanita Yang Perlu Masyarakat Faham

Poster gadis Shell yang hanya menjadi iklan promosi stesen minyak itu mencetuskan polemik dalam masyarakat apabila beberapa gambar pengguna melakukan aksi lucah terhadap poster itu menjadi viral di media sosial. (Gambar: twitter)

Pelbagai pihak meluahkan rasa marah selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap papan poster seorang pengurus di salah sebuah stesen Shell, Nor Shafila Khairusalleh tersebar di media sosial ketika umat Islam negara ini menyambut Aidilfitri. 

Antara aksi ‘jijik’ itu adalah seperti meraba bahagian alat sulit dan mencium kadbod wanita berusia 25 tahun tersebut. Susulan itu, pihak Shell menarik balik iklan poster kadbod tersebut. 

Sementara itu, gadis berusia 25 tahun itu menyatakan kesal dengan perbuatan segelintir lelaki yang dianggap melampaui batas.

“Kelakuan seperti menutup mata, mencubit hidung dan walau peluk sekalipun saya masih boleh terima kerana ia hanyalah sekeping poster. Tetapi jika apa yang dilakukan berbentuk gangguan seksual, saya rasa ia melampaui batas,” katanya.

WANITA BERMARUAH TIDAK PATUT JADI MODEL

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan insiden itu berlaku disebabkan Shell menggunakan wanita dalam iklannya. 

Menurutnya, wanita yang bermaruah tidak patut terima untuk menjadi model mempromosikan jualan walaupun menutup aurat dan memakai tudung. 

Abdullah berkata, adalah fitrah untuk lelaki terangsang apabila melihat perempuan tetapi menegaskan mereka sepatutnya menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku.

“Ini membayangkan tahap keruntuhan moral paling rendah. Iman, takwa dan hati budi tidak lagi dapat mengawal tingkah laku mereka,” katanya.

IMEJ WANITA DALAM IKLAN TAK SALAH

Walaupun isu itu telah hampir reda, pertubuhan Sisters in Islam (SIS) membantah pandangan ISMA dengan menegaskan penggunaan imej wanita dalam pengiklanan bukan masalah kerana yang bermasalah adalah pelakuan lucah yang dilakukan ke atas gambar-gambar tersebut. 

Justeru, SIS dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa pandangan ISMA berhubung isu tersebut sekadar mahu mengalihkan beban tanggungjawab perlakuan lucah lelaki-lelaki terlibat terhadap iklan yang memaparkan imej wanita.

Menurut SIS, perlakuan lucah terhadap wanita seperti itu tidak patut diterima sebagai suatu gurauan atau perkara yang biasa kerana ia mencerminkan pemikiran bahawa wanita dianggap sebagai objek yang boleh dipegang, dibelek dan dicabul yang sepatutnya mempunyai martabat diri dan patut dihormati. 

"Gangguan seksual dan kekerasan terhadap wanita tidak berlaku tanpa keadaan atau persekitaran yang menerima pemikiran bahawa wanita boleh diperlakukan sebegitu. Ia menunjukkan keadaan masyarakat yang tidak langsung menghormati wanita.

"Tindakan untuk menyembunyikan wanita dari ruang awam atau mengurangkan pilihan dan peluang bagi wanita untuk menduduki ruang awam dengan selamat bukanlah jalan penyelesaian untuk membina dan mengukuhkan ruang yang selamat bagi wanita," katanya.

SIS menggesa masyarakat membina, memupuk dan mengukuhkan setiap ruang termasuk ruang pemikiran, fizikal dan maya sebagai selamat bagi semua golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak kira gender atau agama.

KOMEN MUFTI

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semalam menyatakan iklan seumpama itu adalah haram apatah lagi ia menjadi keghairahan pada kaum lelaki.

"Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh. Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu," katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pula menyatakan usaha Shell menarik kembali standee berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.

"Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap standee wanita tersebut, wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik. Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan.

"Mempamerkan akhlak yang mulia dan unggul merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t47yUO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.