Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Hutan Pesisir Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chang berkata mereka yang ditahan  merupakan 12 lelaki dewasa dan lima wanita berusia antara 30 dan 50 tahun.

Serbuan dilakukan bermula pukul 1 pagi dengan lima daripadanya ditahan dalam operasi pertama, tujuh orang dalam operasi kedua dan lima orang dalam operasi ketiga. 

Menurut beliau, kesemua mereka mengaku telah berada di hutan berkenaan selama dua hari bagi menunggu  ketibaan bot pancung yang digunakan untuk pulang ke negara asal.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan berada dalam Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan serta keluar daripada negara melalui pintu yang tidak diwartakan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sV9y6K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.