'Saya tak pernah tengok dia (Dr Nurul Huda) terasa susah' - Berkat jaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa
"Siapa yang menjaga hubungan dia dengan Allah, pasti Allah akan melancarkan kehidupannya seharian," demikian ungkapan yang ditulis oleh Muhammad Faisal mengenai adiknya yang banyak memberi inspirasi kepada dirinya.
Kisah mengenai Doktor Nurul Huda hari ini viral di media sosial. Ramai netizen yang tidak putus-putus menekan butang 'share'. Bagi netizen, kisah Doktor Nurul Huda ini wajar dijadikan sebagai inspirasi buat anak-anak muda yang lain untuk berjaya dalam hidup.
Ini gambar saya ambil secara curi-curi. Apa yang saya nak kongsikan adalah apa yang saya nampak dari mata kasar saya selama saya hidup bersama adik saya.
Salah satu rahsia adik saya ini, hubungan dia dengan Allah. Dari kecil sampai ke besar, solat dia tidak pernah tinggalkan melainkan uzur sahaja. Bila saya tiba di bumi Euro pada tahun 2013 atau 2014, pertama kali bila saya menziarahi dia, saya pernah tengok dia solat di dalam bas, fitting room dan Al-Quran sentiasa ada di tangannya.
Di bawah biasiswa Mara, dia berada dan berjuang di tempat orang (Poland) selama enam tahun. Keputusan dia sebenarnya cemerlang di Poland, saya cuma tahu di saat-saat akhir.
Yang paling best, selama dia duduk di asrama penuh, dia tidak pernah meminta duit dari keluarganya. Dia betul-betul mengharapkan duit biasiswa dari kerajaan dan program pelajar cemerlang. Sampai di tingkatan lima, duit yang dia kumpulkan itu diberikan kepada ibu saya.
Saya tak pernah tengok dia terasa susah. Saya nampak urusan dia seperti lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dia cool dan relaks walaupun persaingan dia kuat dan banyak. Sampai ke hari ini dia masih belum bekerja tetapi masih boleh sponsor ibu saya dan dia tidak pernah lupakan keluarga. Elaun dari biasiswanya seperti lebih cukup seperti berkat rezeki dia.
Adik saya dah travel hampir 15 negara kalau tak silap saya, tanpa meminta duit dari ibu bapanya. Pada diri dia, handbag yang paling mahal pun saya rasa harganya tak sampai RM100.
Bila dia pulang ke Malaysia, dia dah ada gelaran sebagai doktor. Masa depannya cerah, cuma nak beli kereta Perodua Kancil dan sebuah rumah kepada ibu saya untuk permulaan.
Saya nampak dia cuma menjaga hubungan dia dengan Allah dan kedua ibu bapanya. Siapa yang menjaga hubungan dia dengan Allah, pasti Allah akan melancarkan kehidupannya seharian. Kalau orang tanya siapa mentor saya sampai ke hari ini, orang itu tidak jauh iaitu adik saya sendiri, Doktor Nurul Huda.
Saya pernah ditegur dan dinasihatkan oleh dia. Walaupun abang, saya menerima benda yang baik daripada dia. Saya harap di dunia yang lebih mencabar ini, adik-adik saya dipelihara oleh segala musibah dan dilancarkan segala urusan mereka.
Sumber: Muhammad Faisal
Sumber : GengViral
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTFMzv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment