Tips Untuk Ibu Menyusu. Resepi ‘Homemade Milkbooster’. Cuma Gunakan 3 Bahan Ini Saja, Berkesan!..
Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, eloklah amalkan homemade milkbooster yang Linn kongsikan ini ya.
Mudah-mudahan cara tambah susu badan ini dapat membantu merancakkan lagi penghasilan susu ibu dengan jayanya.Waktu penyediaan kurang dari 15 minit saja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahannya:
- 2 sudu besar halba
- 1 gengam longan kering
- 1 sudu besar gula pasir
- 3 cawan air
Cara caranya:
- Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Selepas basuh, toskan sekejap.
- Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air. Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
- Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.
- Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita. Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!
-
Amalkan setiap hari
Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ub1XNh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment