Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelombang Fatzura Berterusan Di KLFW? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelombang Fatzura Berterusan Di KLFW?

SEBUT sahaja nama Fattah Amin, mesti teringat dengan hashtag #Lofattah dan #Fatzura. Baru-baru ini aktor tinggi lampai itu sekali lagi telah ‘mengecohkan’ keadaan apabila memberi kejutan kepada Fazura semasa KL Fashion Week yang sedang berlangsung.

Moment-moment ‘manis’ semasa Fattah Amin naik ke pentas runway KL Fashion Week untuk memberikan sejambak bunga kepada Fazura usai persembahan fesyen koleksinya tular di media sosial Jumaat lalu.

Disebabkan moment itu, pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur bergema dengan sorakan peminat dan juga penonton-penonton yang datang untuk menyaksikan koleksi House of Doll by Fazura yang bertemakan Love Warrior itu.

Fazura nyata terkejut dengan surprise itu dan mengakui dia agak sukar untuk move on dari karakter yang dilakonkan bersama aktor tinggi lampai itu dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak move on. Memang tak akan move on,” katanya berseloroh, dipetik laporan mStar Online.

Dengar-dengarnya pemegang title Bintang Paling Popular ABPBH 3.0 itu ada meminta kebenaran ibu Fazura sebelum berbuat demikian. Patutlah ramai yang puji Fattah Amin pada malam itu.

Rata-rata peminat #Fatzura menyifatkan Fattah sebagai seorang yang romantik dan menghormati orang tua dan Fazura antara wanita yang bertuah. Mereka juga turut mengharapkan agar pasangan ini bertemu jodoh di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/ AISYAH KARIM

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fVbcPW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.