Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemenangan bergaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemenangan bergaya

Swansea: Manchester United mengekalkan permulaan cemerlang musim Liga Perdana Inggeris apabila jaringan Eric Bailly, Romelu Lukaku, Paul Pogba dan Anthony Martial memastikan kemenangan 4-0 ke atas Swansea City, malam tadi.

Selepas membelasah West Ham dengan jumlah jaringan sama pada perlawanan pembukaan minggu lalu, United dilihat hampir mencatat kemenangan tipis untuk perlawanan di South Wales.

Namun, selepas mendahului perlawanan pada babak akhir separuh masa pertama menerusi gol pertama Bailly untuk kelab, mereka menjaringkan tiga gol lagi dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan bergaya.

Ia bermakna setakat ini, skuad Jose Mourinho mencatat mata maksimum, lapan gol dan dua perlawanan tanpa bolos.

Swansea turut berang apabila Pogba masih kekal di padang untuk menjaringkan gol selepas tidak dilayangkan kad kuning kedua kerana kekasaran ke atas Martin Olsson pada akhir babak pertama.

Namun, pengurus Paul Clement menyaksikan pasukannya semakin parah sebaik Lukaku menjaringkan gol kedua United dan yang ketiga daripada dua perlawanan untuk kelab barunya 10 minit sebelum tamat perlawanan.

United turut tersentak pada minit ketiga apabila Jordan Ayew dari Swansea berjaya mencuri ruang di bahagian kiri dan menyambut hantaran namun melepasi palang pasukan pelawat.

Anak buah Mourinho segera membalasnya apabila Lukaku memanfaatkan hantaran dan berlari ke arah gol namun percubaan pertamanya dihalang dan susulan berikutnya tersasar.

Swansea terpaksa bekerja keras mempertahankan gawang daripada asakan lawan yang diteruskan menerusi sepakan percuma Juan Mata yang ditanduk Phil Jones namun sekadar melepasi palang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkoTPC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.