Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh


Naluri menyukai wanita memang sudah menjadi fitrah bagi lelaki normal tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, tampan atau hodoh mahupun bersih atau kotor. Begitu juga Amour Haji si jejaka tua berusia 80 tahun pemegang rekod paling lama tidak mandi ini tidak terkecuali.

Atas sebab-sebab tertentu semasa berusia 20 tahun, Amou Haji kecewa dengan kehidupannya. Entah di mana silapnya sejak itu dia tidak pernah mandi. Pejam celik tidak sedar sudah 60 tahun dia berpatah arang dengan bilik mandi!

Apabila ditanya mengapa tidak mandi, alasannya cukup pelik! Kononnya dia alah kepada kebersihan diri. Kalau mandi dia akan sakit. Hidup dalam keadaaan daif, busuk, hapak dan selekeh tidak menjadi masalah baginya.

Tapi hidup terasing bersendirian ternyata membuat dia kesunyian. Tidak ada tempat mengadu, tidak ada teman berbicara. Sepatutnya dalam usia senja begini dirinya harus dikelilingi anak cucu bersama isteri tercinta.


Siapa tidak mahu kahwin? Semua lelaki mahu kahwin. Bagi Amou memang tipulah kalau tidak memiliki nafsu dan naluri ingin dibelai wanita atau sekurang-kurangnya teman berbicara dan bergurau senda. Dia mengaku ingin sekali mencari pasangan hidup yang dapat menerima keadaan dirinya.

Tapi harus bersyarat! Bakal calon pasangan harus dapat menerima cara hidupnya. Jadi kalau ada yang berminat dipersilakan baca serba sedikit kisah hidup dan rutin hariannya. Semoga bermanfaat untuk dijadikan rujukan. Siapa tahu anda bernasib baik menjadi jodohnya.

Perkara paling utama dan mandatori, jangan sekali-kali menyuruhnya mandi. Soal mandi tidak ada kompromi baginya, sebab tubuh yang bersih akan membuatnya sakit. Marah betul dia kalau ada orang menyuruhnya mandi.

Dalam soal makan dia tidak begitu cerewet. Sekadar makan ala kadar pun sudah mencukupi. Makanan kegemarannya pun cukup sederhana tapi mungkin sukar dimakan bagi orang lain… daging reput, terutama landak reput! Ya! Bagi Amou daging landak reput yang dipanggang sangat lazat.


Kalau haus tidak menjadi masalah. Setiap hari Amou sentiasa memastikan bekas tin minyak berkarat 5 liter miliknya sentiasa berisi air.

Pada waktu lapang masanya banyak diisi dengan melakukan aktiviti kegemaran; duduk berehat sambil menghisap paip tembakau istimewa yang dibuat sendiri dari najis kering binatang ternakan orang kampung!

Bersantai sambil menghisap paip memang mengasyikkan. Kadang-kadang teringat zaman remajanya yang penuh kekecewaan sehingga terjerumus hidup ke lembah daif dan terasing seperti sekarang.

Dulu dia tinggal di kampung Dejgah selatan wilayah Fars, Iran. Pada suatu hari sekumpulan lelaki muda menawarkan diri untuk memandikannya – nasib menyebelahi dirinya apabila berjaya melarikan diri! Selepas itu dia tinggal di pinggiran kampung.


Pada waktu malam dia akan tidur di dalam lubang sebesar kubur atau berteduh di pondok bata dibina khas oleh orang kampung buat dirinya.

Walaupun tidak mandi, jangan sangka Amou Haji tidak menjaga penampilan diri. Apabila ingin kelihatan kemas, dia menggunakan cermin kereta untuk mengemaskan penampilan wajah.

Rambut panjang tiada masalah. Cuma perlu gunakan api untuk membakar hujung rambut bagi memendekkannya. Kadang-kadang dia memakai helmet tentera terutama pada musim sejuk.

Jadi buat para pembaca terutama wanita kesepian, apa pandangan kamu?

Sumber: Geng Viral


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x1YFOY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.