Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Mizan bolot 2 emas Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Mizan bolot 2 emas Sukan SEA

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membolot dua emas bagi sukan ekuestrian dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara endurance berpasukan dan individu, Ahad.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.

Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di sini, Ahad.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.

Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Raja Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan melepaskan para peserta.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Semua penunggang perlu melalui trek sejauh 80 kilometer (km) dan mengikut peraturan acara kuda lasak penunggang kuda akan diperiksa di setiap tiga pusingan iaitu 35km, 25km dan 20km bagi memastikan kuda dalam keadaan baik.

Acara dijangka tamat sebelum 5 petang Ahad di TIEP. – Bernama

Sumber: MStar



Sumber Sultan Mizan bolot 2 emas Sukan SEA

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vTNHe8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.