Van Park Series: Jepun dominasi saingan kelayakan Asia
Wakil negara itu, Kensuke Sasaoka muncul juara diikuti rakan senegara, Akira Tanaka dan Makoto Nishikawa masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Wakil tunggal negara Arina Rahman membuat persembahan terbaik pada pusingan terakhir pada final namun gagal memecah dominasi trio dari Jepun yang mendahului sejak pusingan awal lagi.
Hanya tiga orang menyertai kategori wanita bagi zon Asia ini yang menyaksikan Kihana Ogawa dari Jepun muncul juara.Pencabarnya, Sky Brown yang baharu berusia sembilan tahun mendapat tempat kedua diikuti seorang lagi peluncur Jepun Sakura Yosozumi.
Sky, warga Amerika Syarikat yang menetap di Jepun terkenal dengan video-videonya di Instagram @awsmkids dilihat berluncur dengan lebih baik daripada peluncur lelaki yang bertanding pada kejohanan yang diadakan di East Coast Skatepark, Singapura.
Kensuke dan Kihana akan bersaing di kejohanan dunia Vans Park Series bersama dengan juara-juara daripada benua yang lain di Shanghai, China pada 23 September nanti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wr70h8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment