Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas imam dituduh cabul 3 anak perempuan jiran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas imam dituduh cabul 3 anak perempuan jiran

child-abuse1-1-1

Warga emas, 72, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap 3 kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya.

Wan Zakaria Wan Dollah, bekas pengawal keselamatan dan kini tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Warga emas yang mempunyai 5 orang anak itu didakwa melakukan seksual fizikal ke atas 3 kanak-kanak itu, 2 daripadanya berumur 7 dan 9 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun di rumahnya di Ampang antara 4.00 hingga 5.00 petang, 8 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan kanak-kanak.

Bagaimanapun, Hakim Syafeera membenarkan Wan Zakaria diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai serta tidak dibenarkan mengganggu semua mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiga mangsa yang mengenali tertuduh pergi ke rumah tertuduh untuk mencari kucing yang dilihat masuk ke rumah itu dan tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa.

Seorang mangsa memberitahu perkara itu kepada ibu saudaranya yang kemudian membuat laporan polis.

Terdahulu, Wan Zakaria yang juga bekas imam surau dan memakai jubah hitam dan kopiah kelihatan tenang di kandang tertuduh dan ketika dibawa keluar ke lokap dari bilik bicara, dia tersenyum kepada wartawan dan jurugambar yang merakam wajahnya.

 

Sumber: FMT



Sumber Bekas imam dituduh cabul 3 anak perempuan jiran

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kcf5Sw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.