Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lihat sihir depan mata sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lihat sihir depan mata sendiri

Suasana Hentian Rehat di Bukti Belah, di sini  tenang, namun menjelang malam suasana bertukar apabila menjadi tumpuan  masyarakat.

Ia berikutan kehadiran  perawat perubatan Islam ustaz Norazman Al-Banjary, 45 atau lebih dikenali sebagai ustaz jin yang sekali lagi hadir di lokasi tersebut bermula 20 September sehingga 13 Oktober ini.

Konsep perubatan secara terbuka pusat rawatan Islam itu  menjadikan orang ramai hadir yang ingin mendapatkan rawatan turut dapat menyaksikan pelbagai kisah misteri itu dengan mata sendiri.

Menurut Norazman, beliau melakukan rawatan perubatan yang melibatkan sihir, saka sampuk selain kes gangguan dalaman yang sering kali berlaku dalam masyarakat.

Gelaran ustaz jin diperoleh Norazman  kerana  kaedah  perubatan dibuat bukan setakat mengubat pesakit tetapi, turut berdakwah termasuk dengan jin.

“Semasa rawatan, selepas rukyah dibacakan kepada pesakit, jin tersebut akan kepanasan, di situ saya akan mempersoalkan jin itu kenapa memasuki badan manusia,

 “Jika  jin  Islam saya tekankan  kesalahan mengganggu manusia manakala  yang  kafir saya akan minta untuk masuk Islam,” katanya yang berasal dari Melaka dan mempunyai salasilah dari Indonesia.

Ditanya jumlah yang jin yang berjaya di Islamkan, beliau berkata, setiap malam tidak kurang 10 kes besar yang membabitkan jin yang diuruskan beliau semasa sesi perawatan yang  bermula 9 malam sehingga lewat pagi.

“Kadang-kadang ada berlanjutan sehingga hampir subuh, saya kadang-kadang tidur pun beberapa jam sahaja kerana tidak mahu menghampakan pesakit yang datang dari pelbagai tempat untuk berubat,” katanya.

Beliau yang mendapat pertolongan anak dan menantunya ketika melakukan rawatan berkata, sepanjang berada di Machang, terdapat kes sihir yang mana beliau berjaya mengeluarkan pelbagai benda dalam tubuh badan manusia.

“Tujuan saya membuat perubatan secara terbuka ini adalah kerana mahu orang ramai melihat sendiri apa yang berlaku,

“Apa yang dikeluarkan dalam badan manusia yang pada mata pandangan manusia agak janggal, tetapi ia berlaku dalam perubatan Islam. Kita berjaya keluarkan rambut dalam botol minyak wangi, dawai dan paku, hasil dari perbuatan sihir.

“ Jika dulu, ada orang kata saya ini menipu, tetapi setelah melihat sendiri di depan mata, tiada lagi suara sumbang itu,” katanya yang turut memuatkan dalam Facebook peribadinya setiap perawatan yang dilakukannya.

Katanya, beliau telah menemui pelbagai kes jin termasuk kebolehan makhluk itu berbahasa Inggeris, Indonesia, Siam bergantung kepada pemilik asalnya.

Beliau berkata, pesakit yang hadir  untuk menjalankan rawatan hadir dari segenap pelosok termasuk dari Singapura.

“Semasa saya berada di Kelantan ada pesakit yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain dan ada keluarga dari Singapura hadir untuk mendapat rawatan,” katanya yang menggunakan sepenuhnya ayat-ayat al-Quran.

 Dalam masa  berkata, setiap perawatan dilakukan tidak dikenakan sebarang caj kepada pesakit, tetapi mereka ingin memberi derma untung tabung dialu-alukan.

“Kita akui ada daripada kita tidak mampu nak bayar, kita pergi ke kampung-kampung mereka tiada duit,  sesetengah perawat meletak harga yang tinggi, tetapi kadang-kadang pesakit tidak pun sembuh,” katanya.

The post Lihat sihir depan mata sendiri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hC2zdW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.