Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru khidmat lebih 25 tahun digalak beri idea tangani isu pelajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru khidmat lebih 25 tahun digalak beri idea tangani isu pelajar

MUAR: Kementerian Pendidikan sedang mengumpul idea dan pandangan daripada kalangan guru dan ahli akademik seluruh negara bagi menangani masalah salah laku pelajar yang semakin membimbangkan. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata untuk tujuan itu, guru besar dan para guru diminta memberikan pandangan supaya sahsiah dan keperibadian diri dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

“Semua boleh berikan pandangan termasuk guru besar, guru, guru berprestasi tinggi, guru sementara, guru di bandar mahu pun di luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, di sini hari ini.

Katanya, guru yang berkhidmat lebih 25 tahun amat dialukan memberikan pandangan memandangkan mereka lebih berpengalaman dan memahami apa yang berlaku di sekolah.

Beliau berkata para guru boleh menggunakan pelbagai medium untuk mengemukakan idea dan pandangan kepada kementerian termasuk e-mel dan pernyataan bertulis.

“Pengumpulan idea dan pandangan ini dibuat secara umum dan tidak ada jawatankuasa khas ditubuhkan. Kita sudah ada ketua pengarah pelajaran dan timbalan, mereka boleh ambil idea dan pandangan yang disalurkan,” katanya.

Menurut Mahdzir, masalah salah laku pelajar seperti buli, penyalahgunaan dadah, samseng, gengsterisme mahupun kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur baru-baru ini, benar-benar menyebabkan semua pihak tersentak.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian perlu ‘bangun’ dan berbuat sesuatu dalam menangani masalah yang semakin parah itu supaya nilai sahsiah dan keperibadian pelajar dapat dibangunkan seiring Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Berhubung program Guru Pembina Negara Bangsa, Mahdzir berkata ia akan diteruskan sepanjang tahun menerusi pelbagai kaedah merangkumi gotong royong, persidangan, kolokium, pesta dan sebagainya.

“Tujuannya adalah untuk menyatakan ikrar guru untuk membina sebuah negara bangsa iaitu semua kaum dalam negara… untuk membina sebuah negara Malaysia. Secara holistiknya, mesti ada kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kejayaan terhadap keperibadian pelajar,” katanya.

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yf3x7p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.