Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caprice Bela Mia Sara, Netizen Attack Orang Yang Salah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caprice Bela Mia Sara, Netizen Attack Orang Yang Salah

Kisah pelakon cilik, Mia Sara yang hanya berumur 12 tahun telah dikritik mengenai cara pemakaian hijab ketika menghadiri majlis gilang gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur lalu telah mendapat perhatian daripada rapper tempatan, Caprice.

Caprice telah memuat naik satu video pendek di laman instagram baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Caprice tidak bersetuju dengan tindakan netizen yang dikatakan mengecam pelakon cilik itu.Ujar Caprice, biasanya selebriti tidak boleh memilih apa yang ingin dipakai dan sepatutnya management dan pereka fesyen baju tersebut lebih peka mengenai perkara tersebut.
“Pastinya, semua orang ada gambar yang memalukan ketika zaman kanak-kanak tetapi di media sosial, orang ramai telah salah mengkritik.”

“Nampaknya Mia Sara membesar dengan matang sekali apabila orang dewasa yang cuba mengkritik dirinya.”

Oleh itu, ruangan komen di instagram rapper itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang setuju dengan kenyataannya.

Setakat ini perkongsian itu telah ditonton lebih daripada 127,000 tontonan. Rata-rata daripada netizen berkata orang ramai sepatutnya berfikir sebelum mengecam.

Malah ada juga berkata media sosial kini menjadi ‘cyber bully’ kepada mangsa.

Terdahulu, Caprice juga sempat membuat video mengenai anak angkat Aliff Syukri, namun, mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu nampaknya telah disalah erti oleh pengasas D’ herbs itu.
Menurutnya, tindakan mengambil anak angkat adalah sesuatu yang mulia dan dalam Islam juga turut menggalakkan kita untuk turut memelihara anak angkat bukannya ingin mengutuk tindakan Aliff.
Bagaimanapun, pengasas itu telah memohon maaf kepadanya dan berkata tidak memahami kenyataan yang diberi dalam bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan , Caprice merupakan seorang rapper yang dekat dengan peminat. Dia juga dilihat sentiasa membuat video dan memuat naik di Instagram miliknya dengan membincangkan topik-topik hangat yang sedang berlaku di negara kita ini.

The post Caprice Bela Mia Sara, Netizen Attack Orang Yang Salah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNEIMA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.