Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIC sahkan dokumen tuntutan RM1.24 juta palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIC sahkan dokumen tuntutan RM1.24 juta palsu

SIC tidak bercadang membuat laporan polis terhadap dokumen palsu yang menuntut SIC membayar ganti rugi atas kemalangan dialami Romain Grosjean selepas jenteranya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan semalam.

razlan-f1SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan satu dokumen tuntutan ganti rugi sebanyak AS$295,000 (RM1.24 juta) atas nama pasukan Formula Satu (F1) Haas terhadap SIC yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.

Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean mengalami kemalangan apabila jentera dipandunya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan ke-2 semalam sehingga memaksa sesi berkenaan dihentikan 20 minit lebih awal.

“Saya boleh mengesahkan dokumen itu palsu selepas dimaklumkan secara rasmi oleh pihak International Automobile Federation (FIA) petang ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Razlan berkata, pihaknya tidak bercadang membuat laporan polis, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlumbaan esok yang juga perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir bakal dianjurkan di SIC selepas 19 tahun.

Sementara itu, mengenai status penjualan tiket, Razlan berkata, setakat 5 petang tadi, lebih 70,000 tiket habis dijual dan beliau berharap jumlah itu akan meningkat pada hari perlumbaan esok untuk mencapai sasaran 80,000 tiket.



Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber SIC sahkan dokumen tuntutan RM1.24 juta palsu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNkH95

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.