Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terjumpa Bayi Usia Sebulan Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yang Ada Bersama Bayi Itu Sangat MENGEJUTKAN!!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terjumpa Bayi Usia Sebulan Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yang Ada Bersama Bayi Itu Sangat MENGEJUTKAN!!!

Seorang lelaki seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sewaktu sedang memandu di jalan raya yang sibuk pada hari Sabtu. Bukan bangkai haiwan yang ditemui oleh Roger Prater dan rakan gerejanya tetapi seorang bayi yang ditinggalkan di tepi jalan raya! 


Sekitar jam empat petang, Roger telah menemui bayi berusia satu bulan berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Oklahoma. Suhu pada waktu itu sangat tinggi mencecah 30 darjah Celcius membuatkan Roger dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan dan membantu bayi malang ini.

“Saya tidak menjangkakan ini pada awalnya. Dengan nada berbisik, saya memberitahu isteri saya bahawa saya fikir saya telah menemui seorang bayi dan isteri saya sangat terkejut”.


Roger, 46 tahun kemudian keluar dari kenderaan bagi mengesahkan apa yang dilihatnya.

Menurut Roger, “Bayi tersebut tidak langsung bergerak. Matanya tertutup rapat. Sebaik sahaja saya meletakkan tangan pada pemegang kerusi bayi tersebut, matanya mula terbuka”.

Walaupun sudah terdedah kepada panas terik matahari dengan bunyi yang bising dari kesesakan jalan raya, bayi ini kelihatan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kemudian salah seorang daripada kumpulan gereja tersebut menemui sijil kelahiran, kad keselamatan sosial dan wang tunai bernilai lebih RM23,000 bersama-sama bayi berkenaan.

Walaupun masih terkejut dengan peristiwa ini, mereka segera menghubungi talian kecemasan sambil membawa bayi tersebut memasuki kenderaan mereka.


Bantuan kecemasan diberikan setelah bayi tersebut tiba di hospital dan pegawai kecemasan menganggarkan bayi malang ini telah ditinggalkan di jalan raya tersebut dalam tempoh lebih kurang 30 minit sebelum ditemui Roger.


Pihak berkuasa tempatan kemudian berjaya menjejaki ibu kandung kepada bayi berkenaan dan dia bakal dihadapkan atas tuduhan mengabaikan bayi.

Menurut Sarjan Gary Knight dari Jabatan Polis Oklahoma, “Si ibu telah dibawa ke hospital untuk penilaian. Kesnya masih berada di bawah siasatan pihak polis”.

Sementara itu, kisah bayi ini mendapat tumpuan daripada ramai pihak yang berminat untuk menjadikannya sebagai anak angkat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNAvu3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.