Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIDA bantu pacu pertumbuhan ekonomi negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIDA bantu pacu pertumbuhan ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kecekapan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menguruskan kemasukan pelaburan asing membantu melonjakkan ekonomi negara ke fasa baharu.

Perdana Menteri berkata, peranan dimainkan MIDA sejak tahun 1970-an sehingga kini mendapat keyakinan pelabur sehingga membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap mengagumkan setiap tahun.

Beliau berkata, ketika ini ada lebih 5,000 syarikat multinasional asing dari 40 negara memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

Katanya, kebanyakan pelabur terbabit turut menempatkan syarikat mereka di Malaysia untuk membolehkan mereka memperluaskan pasaran di peringkat serantau dan global.

"MIDA memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sejak 1980 hingga Jun lalu, MIDA meluluskan 29,209 projek pembuatan bernilai RM1.08 trilion.

"Ia termasuk mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan baharu yang dapat meningkatkan taraf hidup yang tinggi dan kemahiran kepada rakyat," katanya pada majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas MIDA yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi MIDA, Tan Sri Amirsham A Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Najib berkata, keputusan pelabur asing untuk terus melabur di negara ini disebabkan mereka tahu suara sumbang dilontarkan segelintir ahli politik bagi menjatuhkan ekonomi Malaysia adalah palsu.

"Mereka tahu ahli politik berkenaan hanya mengeluarkan kenyataan mengarut kononnya negara ini akan bankrap adalah demi kepentingan politik peribadi," katanya.

Najib berkata, inisiatif beliau menjalin hubungan baik dengan pemimpin utama dunia termasuk Presiden Donald Trump baru-baru ini juga mendorong pelabur asing terus yakin dengan Malaysia.

Pada majlis itu, wartawan New Straits Times (NST), Rupa Damodran meraih RM5,000 apabila memenangi hadiah utama Anugerah Media MIDA-Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) 2017 bagi kategori Akhbar Cetak dan Portal Berita Online menerusi artikel bertajuk 'MIDA sees brighter investment climate'.



Sumber MIDA bantu pacu pertumbuhan ekonomi negara

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fG80ID

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.