Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekerja Restoran Raikan Majlis Untuk ‘Nenek Penjaja Makanan Ringan’ Dalam Sambutan ‘Hari Datuk Dan Nenek’ Yang Penuh Meriah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekerja Restoran Raikan Majlis Untuk ‘Nenek Penjaja Makanan Ringan’ Dalam Sambutan ‘Hari Datuk Dan Nenek’ Yang Penuh Meriah..


FILIPINA- Loly Belen, 76 tahun mula menjual makanan tempatan Filipina yang dikenali sebagai ‘kakanin’ di Carmen, Pangasinan semenjak suaminya meninggal dunia 39 tahun lalu iaitu pada tahun 1978.


Apabila sebuah restoran makanan segera Jollibee mula dibuka di sekitar kawasan tersebut, nenek Loly mula berniaga di kawasan parkir restoran berkenaan bagi meraih pendapatan yang lebih tinggi.


Nenek Loly mempunyai dua orang anak yang sudah pun berkeluarga, namun dia tetap mahu berniaga bagi membantu membiayai yuran persekolahan cucu-cucunya.

Kegigihan nenek Loly berniaga setiap hari membuatkan pihak Jollibee mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu kejutan istimewa buatnya.


Justeru, satu majlis untuk menyambut Hari Datuk dan Nenek telah dirancang dan pihak Jollibee menjemput nenek Loly beserta dengan dua anak dan empat orang cucunya bagi meraikan hari yang penuh kegembiraan ini.

Majlis ini dilengkapi dengan pelbagai hidangan istimewa daripada Jollibee seperti ayam goreng, spageti, palabok (makanan tradisional Filipina), aiskrim sundae dan juga minuman ringan.


Bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah enak, kehadiran maskot Jollibee sepanjang sambutan majlis tersebut diadakan turut memeriahkan lagi hari berkenaan.


Kemeriahan majlis tersebut kemudiannya dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Jollibee dan meraih sehingga 5,000 jumlah perkongsian serta mendapat 47,000 jumlah ‘like’.


Tindakan mulia Jollibee ini berjaya mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memuji pihaknya.


Menerusi komen daripada salah seorang netizen, “Kisah yang penuh inspirasi. Teruskan memberi inspirasi dan kegembiraan kepada semua orang”.


Satu lagi komen berbunyi, “Terima kasih Jollibee atas sikap pemurah dan penghargaan yang anda berikan di atas kesungguhan dan cinta yang tidak bersyarat nenek ini”.-PENMERAHPRESS


Sumber: NTD Inspired, Era Baru


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fZx0aB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.