Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jackie Chan cari kelainan dalam ‘The Foreigner’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jackie Chan cari kelainan dalam ‘The Foreigner’

JACKIE Chan memang tidak asing lagi dalam dunia filem sebagai pelakon kung fu. Beliau bukan saja mencipta nama di rantau Asia malah turut meniti populariti di Hollywood.

Menerusi lakonan filem terbarunya, The Foreigner, Jackie sekali lagi membuktikan keupayaan dengan membawa kelainan dalam wataknya berbanding sebelum ini.

Penghasilan filem ini diperkuatkan lagi dengan menerima kreativiti daripada pengarah terkenal, Martin Campbell.

Gabungan antara Jackie dan Martin tidak syak lagi bakal meletakkan The Foreigner yang penuh aksi ini sebagai filem paling dinantikan ramai kaki wayang.

Martin pula adalah pengarah veteran berwibawa dan sudah mengarahkan puluhan filem termasuk dua filem James Bond, iaitu GoldenEye and Casino Royale.

Antara filem lain yang 'boom' di pawagam seluruh dunia hasilan Martin ialah Green Lantern, The Mask of Zorro danThe Legend of Zorro.

Jackie dan Martin ketika sidang media sempena pelancaran The Foreigner di Beijing, China bulan lalu, memberi reaksi spontan apabila ditanya pengalaman dan perasaan mereka ketika buat pertama kali bergabung menghasilkan filem.

“Martin adalah seorang pengarah yang cukup teliti dan serius. Saya begitu tertekan ketika menerima arahan beliau,” rungut Jackie namun tetap menghormati Martin sebagai pengarah bertaraf antarabangsa.

Kata Jackie lagi, beliau tidak pernah melihat seorang pengarah filem yang begitu rajin dan serius dalam tugas seperti Martin sehingga sanggup berada di lokasi penggambaran sepanjang hari.

“Malah ketika di lokasi penggambaran, beliau (Martin) cukup cerewet dan tidak mahu ada sebarang gangguan. Jika terdengar sedikit bunyi yang mengganggu, beliau akan terus tinggikan suara sehingga semua orang rasa takut,” cerita Jackie.

Sementara Martin pula berseloroh apabila dengan rendah diri menyatakan beliau adalah peminat Jackie.

“Saya menonton banyak filem Jackie. Ketika arahkan filem The Mask of Zorro, saya tiru aksi yang pernah dilakonkan untuk dimasukkan ke dalam filem arahan saya,” kata Martin mendedahkan rahsianya.

The Foreigner, berdasarkan novel terkenal The Chinaman karya Stephen Leather pada 1992 yang mengisahkan seorang pengusaha restoran di China Town, London, Quan Ngoc Minh( lakonan Jackie) membalas dendam kematian anak perempuannya berusia 15 tahun, Fan (lakonan Katie Leung) akibat serangan bom oleh pengganas Ireland di kota London.

Quan, yang juga bekas tentera Vietnam, walaupun cuba mendapatkan nama pengganas bertanggungjawab daripada Timbalan Menteri Ireland Liam Hennessy      ( lakonan Piere Brosnan), namun gagal.

Tanpa bantuan kerajaan, Quan terpaksa bertindak sendirian untuk menumpaskan dalang di sebalik kematian anaknya.

The Foreigner ditayangkan serentak di semua pawagam GSC di seluruh negara mulai hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi ini yang turut dibintangi bekas pelakon James Bond, Piere Bosnan. 

Mahu hasilkan filem terbaik

Glamor dan jualan tiket sudah dianggap tidak penting lagi bagi Jackie, sebaliknya mengutamakan kualiti lakonannya.

Kata Jackie, beliau ingin penonton sentiasa mengingatinya  di samping memastikan mereka berpeluang menonton filem terbaiknya.

“Falsafah hidup saya kini ialah mahu gembira. Kemewahan sudah tidak penting lagi bagi saya. Saya kini melabur banyak wang untuk menghasilkan sesebuah filem. Saya tidak akan berhenti separuh jalan jika merasakan filem itu mungkin tidak diminati ramai. Saya akan teruskan juga sehingga filem itu ditayangkan,” kata pelakon sensasi Hong Kong ini.

Kata Jackie, setiap tahun filemnya ada kelainan.

"Sebab itulah dalam The Foreigner, anda akan dapati Jackie Chan jauh berbeza dengan filem-filem sebelum ini,” katanya.

Menurut Jackie, ramai penerbit filem Hollywood cuba memujuknya berlakon dalam filem mereka, tetapi semua pelawaan itu ditolak beliau dengan baik.

“Saya tidak mahu lagi berlakon sebagai ‘hero dari China’ ataupun ‘polis dari Hong Kong’. Saya tidak mahu ulangi watak yang sama sebaliknya saya lebih pentingkan aspek nak tingkatkan lakonan saya.

“Setelah membuat pilihan, akhirnya saya setuju berlakon dalam filem ini kerana mahu cuba watak orang tua seperti dalam filem ini,” kata Jackie.



Sumber Jackie Chan cari kelainan dalam ‘The Foreigner’

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yenNpH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.