Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP: GLC perlu jadi penyumbang ekonomi, bukan ceburi industri cekik darah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP: GLC perlu jadi penyumbang ekonomi, bukan ceburi industri cekik darah

Liew Chin Tong mendakwa pelaburan GLC dalam sektor hartanah dan perubatan menyebabkan kenaikan kos yang seterusnya memerah pendapatan golongan sederhana.

Liew-Chin-Tong-glc2KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Johor berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan kembali memainkan peranan menyumbang kepada ekonomi negara, bukannya melabur dalam industri “cekik darah”.

Liew Chin Tong mendakwa pelaburan GLC dalam sektor hartanah dan perubatan menyebabkan kenaikan kos yang seterusnya memerah pendapatan golongan sederhana.

Katanya, rakyat yang berkemampuan akan mendapatkan rawatan di hospital swasta, manakala mereka yang kurang berkemampuan terpaksa pergi ke hospital kerajaan.

Namun, ramai tidak sedar kebanyakan hospital swasta sebenarnya dimiliki kerajaan.

“Dalam sektor perubatan, kita ada sektor awam dan swasta, institusi perubatan swasta boleh dikatakan kesemuanya dimiliki syarikat GLC…Gleneagles, Hospital Pantai, semuanya milik anak syarikat kerajaan,” katanya dalam forum bertajuk “Envisioning the future: Malaysia beyond GE14” hari ini.

Turut hadir ialah bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan peguam, Syahredzan Johan.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, GLC menceburi sektor terbabit memandangkan ekonomi negara kaku sejak 2 dekad lalu.

“Ekonomi kita tepu sejak 20 tahun lalu, tidak banyak yang berlaku dan kita tiada modal baru.”

Katanya, pada 1990-an, pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia daripada syarikat luar yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Bagaimanapun, katanya, FDI yang masuk ke Malaysia hari ini tidak memberi kesan langsung dalam pembangunan ekonomi tempatan kerana syarikat asing turut melabur dalam sektor hartanah yang mengambil pekerja asing.

“Memang akan ada segelintir pihak yang menerima manfaatnya, tetapi pelabur luar ini mereka akan mendapatkan keuntungan, kemudian mereka membayar gaji pekerja asing yang membawa keluar duit kita ke luar negara.

“Masyarakat setempat tidak menerima kesan daripada pelaburan ini, tapi dari segi ekonomi memang situasinya nampak baik,” kata Liew.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pemansuhan subsidi dan kejatuhan nilai ringgit.

“Kita lihat ada rakyat kita yang bekerja sebagai profesional, tetapi kemudiannya menjadi pemandu Uber dan Grab sebagai pendapatan sampingan. Ini bermakna keadaan ekonomi tidak baik.”

Sehubungan itu, beliau berkata, pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi medan pertempuran 3 kelompok, termasuk pejuang reformasi institusi yang dipelopori gerakan sivil dan pembangkang dari Pakatan Harapan, dan mereka yang memainkan identiti politik, sentimen perkauman serta agama.

“Kumpulan yang memainkan identiti politik ini akan berterusan menimbulkan keresahan kepada pengundi kerana mereka memainkan sentimen perkauman dan agama.

“Sememangnya kelompok ‘pedagang ketakutan’ ini akan wujud menjelang pilihan raya.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber DAP: GLC perlu jadi penyumbang ekonomi, bukan ceburi industri cekik darah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNAupN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.