Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hamilton Mula Petak Depan GP F1 Terakhir Sepang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hamilton Mula Petak Depan GP F1 Terakhir Sepang

SEPANG – Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton berkata, ini kali pertama dia menyaksikan kehadiran jumlah penonton ramai sepanjang berlumba di Litar Antarabangsa Sepang.

Berusia 32 tahun, pelumba kelahiran British itu berkata demikian selepas berjaya meraih petak pertama dalam Grand Prix Formula Satu (F1) terakhir di Malaysia dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.

“Lihatlah betapa ramai penonton datang hari ini, inilah kehadiran terbaik pernah saya saksikan di Litar Antarabangsa Sepang. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku sejak semalam.

“Sebastian (Vettel) memang cukup laju tetapi kami juga telah melakukan sesuatu dan pasukan telah melaksanakan tugas mereka dengan begitu baik sekali,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan, hari ini.

Grand Prix F1 di litar sepanjang 5.543 kilometer itu bermula pada 1999 namun kerajaan Malaysia awal tahun ini memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak penganjuran akibat kerana kekurangan sambutan.

Dalam pada itu, pencabar terdekatnya dari Ferrari, Kimi Raikkonen berjaya menduduki petak kedua dengan catatan masa 1:30.121s, manakala pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen ketiga terpantas (1:30.541s).

Bagaimanapun, nasib malang menimpa Vettel apabila bakal memulakan permulaan esok di petak terakhir selepas beliau dilaporkan mengalami masalah turbo ketika sesi ujian masa terakhir.

Berikut adalah keputusan rasmi kelayakan Grand Prix Formula Satu Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:30.076s
2. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:30.121
3. Max Verstappen (Belanda) Red Bull 1:30.541
4. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull 1:30.595
5. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes 1:30.758
6. Esteban Ocon (Perancis) Force India 1:31.478
7. Stoffel Vandoorne (Belgium) McLaren 1:31.582
8. Nico Huelkenberg (Jerman) Renault 1:31.607
9. Sergio Perez (Mexico) Force India 1:31.658
10. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren 1:31.704
11. Felipe Massa (Brazil) Williams 1:32.034
12. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:32.100
13. Lance Stroll (Kanada) Williams 1:32.307
14. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso 1:32.402
15. Pierre Gasly (Perancis) Toro Rosso 1:32.558
16. Romain Grosjean (Perancis) Haas 1:33.308
17. Kevin Magnussen (Denmark) Haas 1:33.434
18. Pascal Wehrlein (Jerman) Sauber 1:33.483
19. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber 1:33.970
20. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari Tidak layak

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNpk2X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.